INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Hari Ke-dua - 10/03/2008 (Isnin)

Seawal jam 0800 aku dan isteri telah bersiap sedia untuk ke Kuala Perlis. Pagi itu abg eid (cousin wife aku) telah bermurah hati untuk menghantar kami ke jeti Kuala Perlis. Aku difahamkan bahawa perjalan ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis memakan masa 45-60 minit berbanding dari jeti Kuala Kedah yang mengambil masa sehingga 90minit. Fuhh..nasib baik, kami berjaya mendapat tiket terakhir bagi trip 0930 pagi. Kalau tidak, terpaksa menunggu trip pukul 1030 pula. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi tidaklah semual dari Kuala Kedah ke Langkawi. Mungkin disebabkan faktor jarak dan keadaan laut yang agak kurang bergelora, jika tidak..pasti lelaki ini tewas dek 'mabuk laut'. keh keh keh. Pada jam 1030, kami telah selamat tiba di Langkawi, sempat bergambar sekeping dua di jeti sebelum terus mendapatkan kereta sewa untuk ke hotel di Pantai Tengah. Terima kasih kepada Det. Mad Jan dari IPD Langkawi kerana telah menempahkan kereta sewa dan bilik di Hotel Aseania Resort.

Baru tiba di jeti Langkawi





Posing juga..




Setelah mendapatkan kereta sewa (nak jimat..sewa Kancil hehe), kami bergegas ke Pantai Tengah untuk survey hotel. Setelah ketemu akan hotel yang dicari, aku terus check-in sebelum makan tengah hari di rumah cousin wife di Kuarters Hospital Langkawi. Apabila perut dah dialas, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Kok sebelum sampai di kawasan letak kenderaan di kaki Gunung Mat Cincang. Apa yang ada di Gunung Mat Cincang? huhu..kereta kabel!! Tinggi sangat, seram aku dibuatnya. Semasa menaiki kereta kabel tersebut, aku sudah mula menyesal kerana perjalanan kereta kabel tersebut sebenarnya sudah melebihi ketinggian kereta kabel yang pernah aku naik di Genting Highlands. Takut!!! Akhirnya, sampai jua di puncak Gunung Mat Cincang, memang tidak dinafikan bahawa pemandangan dipuncak Gunung Mat Cincang terlalu indah. Kunjungan ke Langkawi pasti tidak lengkap sekiranya anda tidak meluangkan masa untuk menikmati keindahan pemandangan sekitar dipuncak gunung ini. Diatas sana juga, terdapatnya satu jambatan lengkuk yang tergantung diantara dua puncak gunung. Disebabkan faktor gayat dan keadaan jambatan yang berhayun, aku tidak berani untuk menyeberang ke sebelah sana. hehe..setelah penat bergambar di puncak, aku dan isteri mengambil keputusan untuk turun ke bawah tatkala keadaan hujan dan angin kencang. Gila!! Kereta kabel yang kami naiki itu turun perlahan-lahan ke bawah dalam keadaan terhoyong-hayang akibat ditiup angin. Pucat juga muka aku diketika itu. Akhirnya kami selamat sampai dibawah dan tidak ketinggalan untuk bergambar bersama 'maskot' Pulau Langkawi; Burung Helang.

sebelum naik..

muka sebelum naik..

puncak gunung mat cincang


dah start pucat..


konon² x takut la nih.





ada brani? tergantung sebegini

selamat dipuncak..kiki



pemandangan diatas..


dia sahaja yang berani..aku takut!!


jambatan gantung..gambaran dari atas


posing dengan eagle


takut² berani nih


Setelah 'berpeluh' akibat gayat, kami meneruskan perjalanan untuk menikmati keindahan petang di Rebak Marina untuk bergambar di sekitar kawasan dock. Petang itu kami mengakhiri penjelajahan kami dengan menikmati keindahan petang di pinggir lapangan terbang Mat Sirat sambil menikmati kelazatan Laksa Power. power siot...terangkat, esoknya kami datang lagi. kikiki...aku dan wife hantu laksa!!




posing lagih..

teknik apa nih?



laksa power berhampiran airport



power x?



...to be continued...
-journey to tasik dayang bunting-

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger