INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

hehe..tatkala sebahagian rakyat Malaysia berduka mahupun bergembira dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 12 tempoh hari, aku dan isteri telah meluangkan masa bersama untuk bercuti di utara tanah air iaitu di Pulau Langkawi.

Dataran Lang

Ini merupakan kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, terlalu banyak perubahan dari segi pembangunan dan peningkatan taraf ekonomi penduduk tempatan. Tapi, entahlah..kenapa lah negeri ini boleh dijajah oleh 'orang bulan'..hehe. Tinggalkan seketika bab politik, mari mengembara ke Langkawi bersama-sama saya dan isteri tercinta.

Hari Pertama - 09/03/2008 (Ahad)

Lebih kurang jam 0800 pagi, aku telah bersiap untuk memandu kereta berseorangan ke Kedah. Letih sememangnya letih, dah la pada malam sebelumnya duduk terpaku didepan TV seolah-olah tidak mempercayai keputusan PRU. Isteri aku pada ketika itu sememangnya telah berada di kampung halamannya di Kodiang, Kedah. Suasana pagi pada ketika itu agak berkabus, sambil mata yang mengantuk hampir terlelap, mujur ada HOT FM yang sentiasa ceria menghibur pendengar seperti aku nih.

pagi yang gelap..eh, pagi yg berkabus


Setelah melepasi negeri 'angkasawan' akhirnya aku sampai dinegeri 'lindungan bulan' sekitar jam 1400. Penat memang terasa walaupun sebelum itu aku sempat melepaskan penat apabila berhenti rehat di R&R Sungai Perak. Sesampai sahaja di kampung, aku berehat sebentar sebelum makan tengah hari dan diikuti dengan proses 'hibernasi'..tido la tu. hehe..

yeaa..sudah sampai Alor Star

...to be continued...







0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger