INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Since last monday, kaki kanan aku nih terhincut-hincut apabila melakukan pergerakan. Kesakitan yang amat sangat jelas terasa disekitar kawasan ibu jari. Warna biru kebiruan dan keadaannya yang agak bengkak menyebabkan aku sukar untuk memakai kasut untuk ke tempat kerja.
Semalam dan hari ini aku kepejabat dengan memakai selipar. Walaupun still terasa kesakitan sekurang-kurangnya kaki aku teralas dengan sepasang selipar yang aku beli di Giant tempoh hari. Selesa sedikit jika dibandingkan dengan keperitan yang mungkin dihadapi tatkala menyarung kasut dikaki.
Selasa lepas aku telah berjumpa dengan doktor, doktor telah menyatakan agar aku kurang bergerak. Aku juga telah dinasihatkan agar merendam kaki didalam air panas, dan sekiranya kesakitan masih terasa selepas 3 hari dia menyarankan agar aku kembali semula untuk melakukan pemeriksaan lanjut i.e x-ray bagi mengesan sebarang keretakan pada tulang.
Esok aku akan bertugas pada shift malam, aku bercadang untuk berjumpa dengan doktor yang sama pada sebelah pagi. Sekiranya keadaan semakin teruk, maybe aku akan ke klinik yang terletak di Metro Kepong itu ketika perjalanan pulang dari pejabat malam ini. Ketika ini, aku dapat merasakan denyutan pada kaki aku tu..sakit!! Ditambah pula dengan kedinginan penyaman udara di pejabat membuatkan kesakitan itu bagai tak tertanggung lagi.
Sekiranya esok aku disahkan mengalami keretakan tulang dikaki, maka aku mungkin akan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tawakal. Just doakan agar aku cepat sembuh..TQ.



0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger