INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::




Tarikh : 12 Mei 2008

Masa : 2225 hrs


Lokasi : Rumah - Sunway Batu Caves.



Aku : "Erm, bolehlah bagi abang bawa buku sayang yang 13 Mei Sebelum dan Selepas tu. Satgi kat ofis nanti boleh baca time boring²."

Wife : "Ok, bawalah"

Aku : "Eh, malas lah pula. Nanti pepagi esok dah nak menjinjing pula buku tu ke kereta"




Entah kenapa, tetiba sahaja aku terlintas nak membaca dan membawa buku hasil penulisan Tunku Abdul Rahman ke pejabat pada malam² buta nih. Semacam timbul satu perasaan untuk membaca penulisannya demi untuk menghayati erti sebenar perjuangan bangsa Melayu dahulu kala.




Sesampai di ofis, setelah menyiapkan en3 berkenaan dengan Tun Dr. Mahathir, barulah aku tersedar bahawa jam telah menunjukkan angka 2 pagi pada tarikh 13 Mei 2008. Ya Allah, tarikh keramat itu tiba lagi. Aku semacam terjaga dari lena, detik perbalahan kaum satu ketika dahulu kembali terlintas dikepala. Iya, mmg betul pada tanggal itu aku masih belum ada dibumi, udara kota Kuala Lumpur tika itu masih belum aku hirup seperti hari ini.




Suasana pelik masih menyelubungi diri. Macam mana aku boleh tetiba teringin untuk membaca buku itu pada malam² ni? Padahal aku memang x teringat atau mungkin x perasan pasal tarikh berkenaan. Apa-apa pun, aku mengharapkan agar Malaysia akan terus aman dan makmur dan rakyat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni demi kesejahteraan generasi akan datang.


yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger