INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Erm..bleh tahan juga kesan kenaikan harga petrol baru² ini. Mujur aku buat pilihan tepat dengan memilih Vios tempoh hari. Apakan tidak, baru aku tahu Vios adalah lebih menjimatkan petrol berbanding Kenari aku. Tapi en3 aku pada kali ini bukan lah nak membandingkan Vios dan Kenari, kerana dua² dalam segmen yang berbeza. Pada aku, dua² pun OK.

Berbalik pada cerita Vios aku td, pada penghujung bulan Mei aku telah berkesempatan untuk menguji kehebatan enjin 1NZ-FE di lebuhraya utara selatan. Menakjubkan. Daripada tujahan kuasa dan juga penjimatan minyak, aku rasa ini merupakan satu pembelian yang berbaloi dengan faktor peningkatan kos bahan api di Malaysia.

Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Kodiang Kedah sambil ditemani oleh isteri tercinta memakan masa hampir 6 jam. Lebih kurang 500km jarak perjalanan yang telah kami lalui. Dengan cuaca yang agak mengizinkan untuk aku memandu uji Vios tersebut, aku mula menekan paddle minyak sehingga jarum speedometer agak constant pada angka 110 dan 120km/j. Hehe..adakalanya jarum tu menunjukkan angka 180km/j, responsifnya cukup baik.

Jikalau dahulu semasa memandu Kenari untuk pulang ke kampung halaman isteri, aku kebiasaannya akan mengisi sehingga penuh tangki iaitu lebih kurang RM60. Dengan kelajuan yang sederhana pada 110-120km/j, aku akan berhenti untuk mengisi minyak sebanyak RM20 di R&R Gurun. Tetapi kali ini tidak lagi, Vios itu cuma meminta RM50 untuk petrol di Petronas Sunway Batu Caves dan tidak lagi meminta 'minuman kegemarannya' itu di R&R Gurun. Sebaliknya Vios itu meneruskan perjalanan dan selamat tiba dihadapan pintu rumah mertuaku..erm, menarik!!

Setelah dihitung kira akan catatan yang terdapat pada Multi Information Display ataupun MID pada paparan meter Vios, aku menddapati Vios itu cuma menelan RM49.49 sahaja. Ataupun lebih kurang 25.77 liter petrol. Kenapa?? Tak Percaya??

p/s: kiraan berdasarkan harga petrol yang lama iaitu RM1.92 per liter.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger