INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Hehe, senyum lebar aku tatkala menyaksikan perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan kesayangan aku dengan pasukan Pahang. 5-1 tu pada aku tidak membawa sebarang makna, sekadar melengkapkan jadual sahaja..tapi dengan aksi serang menyerang diantara kedua-dua pasukan membuatkan penonton seperti aku sedikit terhibur.

Banyak insiden² yang berlaku sepanjang perlawanan, kegagalan Safee Sali menjaringkan 2 gol pada ketika hanya berhadapan 1 sama 1 dengan penjaga gol Pahang harus diambil berat olehnya dan juga jurulatih K.Devan. Begitu juga dengan kegopohan si Nasril Nourdin, penjaga gol Selangor yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85 permainan.

Apa² pun, Amri Yahyah tetap akan dikenang sebagai pemain lagenda Selangor sebaris dengan Azman Adnan dan Rusdi Suparman. Tahniah Selangor.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger