INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Terasa mcm lama pula aku x update blog nih, sesekali dapat peluang update akan aku gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Title entry kali ini agak sarcastic sikit bunyinya kan? Aku geram dan penat sebenarnya, baru sahaja pulang daripada ofis nih..kerja dari jam 2ptg hingga 11 malam.



gambar dirakam dari tkt 14 ofis aku

Petang semalam, iaitu pada 31/07/09 aku telah mengingatkan pada rakan sekerja supaya datang awal pada hari ini iaitu 1/08/09 bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul gara² perhimpunan HARAM anjuran GMI (alah..ditunjangi oleh parti pembangkang nih) yang mendesak supaya pihak kerajaan Malaysia memansuhkan terus I.S.A (internal security act).

situasi dihadapan ofis aku, OCBC Bank


Aku yang pada awalnya bercadang untuk memandu sendiri kereta ke tempat kerja, tetapi akhirnya mengubah fikiran disaat akhir dengan memilih untuk menggunakan LRT ke pejabat. Ternyata perubahan rancangan disaat akhir berjaya mengelakkan aku dari terperangkap akibat kesesakan jalanraya apabila pihak berkuasa membuat sekatan jalan secara besar-besaran di semua jalan utama menghala ke pusat bandar.


disebabkan koranglah, byk perniagaan terpaksa ditutup


Sesampai di LRT Masjid Jamek, kelihatan ribuan golongan manusia yang bangang dan bahlol ini berhimpun dihadapan Masjid dan juga stesen LRT sambil dipantau oleh pihak berkuasa.
Kelihatan ditangan masing² telah tersedia botol air mineral berisi garam yang dipercayai akan digunakan untuk diminum dan dicuci muka apabila terkena tear gas. Tak ketinggalan penutup hidung N95 (org skrg pakai utk cegah H1N1, tapi diaorg pakai sebab nak cover muka dari lensa kamera pihak media dan pihak berkuasa). Aku menyusun langkah dengan pantas, tidak mahu insiden 2007 berulang kembali bila mana aku nyaris terperangkap didalam ribuan manusia yang bertempiaran lari mengelakkan gas pemedih mata ketika perhimpunan BERSIH dahulu.



tear gas dilepaskan berhampiran DBKL


Kali ini aku terselamat!! 5 minit selepas aku berjaya menyusup kedalam ofis sendiri..aku memandang keluar dan melihat bagaimana orang ramai mula panik dan bertempiaran lari apabila pihak polis mula menembak gas pemedih mata dan memberkas orang bodoh yang berhimpun diluar sana. Ada juga yang cuba merempuh pintu kaca OCBC Bank..hehe, tau plak takut!! Paling membuatkan aku geram, kenapa diusung anak² kecil yang masih tidak mengerti apa² tentang perjuangan korang?? Ibu bapa jenis apa korang nih?



'lembu²' berhampiran Bank Rakyat


Pada aku senang sahaja, kenapa dan mengapa I.S.A diadakan adalah demi menjaga keamanan didalam negara. Pada puak² bangsat yang cuba memansuhkan I.S.A, lupakan lah niat anda..I.S.A adalah benteng terakhir didalam perlaksanaan undang² diMalaysia. Aku Sokong I.S.A dikekalkan..


terima kasih pada pihak berkuasa yang menjalankan tugas


p/s: aku mengaku, ada diantara sahabat handai dan saudara mara aku yang pro pembangkang, aku x mampu nak mengubah ideologi politik anda..sekiranya anda tergolong didalam kategori ini..aku cuma mapu berdoa akan satu hari nanti korang akan terbuka pintu hati untuk membandingkan mana intan dan mana kaca...

4 comment:

This comment has been removed by the author.

Dun weri..aku sokong ko and ISA..aku tak pham cemana pemikiran dorang nie. tak pernah ke terlintas di kepala hotak dorang kesan akibat pemansuhan ISA. aku rasa akan lagi sewenang-wenangnya rakyat yg tak bertamadun akan membuat jenayah dan nnt akan dikatakn polis tak menjaga keamanan kesan akibat dari pemansuhan ISA. Bulan kemerdekaan dan 52 tahun kita merdeka tapi masih lagi tak bertamadun?? bukan setakat Bangang tapi memang Bangsat!! septutnya dorang demonstrasi jalanan nie patut hidup masa zaman penjajah dulu...baru drng tu tahu langit tu tinggi ker rendah..BODOH punyer bangsa!! sori Zul...ter'EMO' plak...hahahaha

pyan, thanks for your support. aku geram bukan apa..smlm majoritinya adalah bangsa melayu kita dengan pak aji yg datang siap berkopiah dan makcik yang siap bertudung labuh. bukan nak kata apa, kenapa bangsa kita jer yang seakan diperbodohkan oleh bangsa lain? kita bertempur sesama bangsa, yang bangsa lain duduk bersorak gembira..

oittt zul..slmt berpuasa!

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger