INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Alhamdulillah, aku mcm x percaya! Idea yg aku usulkan pada kedua orang tua aku disambut baik oleh mereka. Kini kami semakin hampir untuk merealisasikan rancangan itu. Apa yer rancangan yg aku maksudkan tu? Nanti aku story slow²..


Tekanan kerja yg aku terima saban hari dipejabat membuatkan aku terpikir sejenak, tatkala bekerja shift malam aku termenung sejenak sambil mengenangkan jalan hidup yang akan dituju oleh kami sekeluarga. Lantas kepala otak nih dah mula terpikir untuk menjalankan perniagaan sendiri, bekerja dipejabat sendiri. Tapi, apa pengalaman yg aku ada? Apa yg boleh aku niagakan? Macam² bermain dikepala otak nih. Mana nak cari modal?

Akhirnya, aku tergerak untuk menjalankan perniagaan yang berkonsepkan perkhidmatan. Dan usul itu aku kemukakan pada ibu bapa aku, iyerlah..depa modal banyak dari aku. Aku lak, ada ke modal?? haha... Pada mulanya mereka hanya mendengar idea aku. Makan minggu juga untuk aku meyakinkan mereka yang perniagaan berkonsepkan perkhidmatan ini lebih menjurus kepada keuntungan jangka panjang. Akhirnya mereka setuju!!

2 minggu yang lepas, mereka telah menghadiri kursus bagi memulakan perniagaan tersebut disalah sebuah organisasi terkemuka di Malaysia. Aku x dapat pergi, disebabkan masih terikat dengan komitmen kerja. Iyelah, keje shift..so paham² lah. Kekadang tu sabtu dan ahad pun ada dipejabat.

Diam x diam, modal sudah dilaburkan oleh mereka. Lokasi bagi menjalankan perniagaan pun sudah dijumpai. Perjanjian sewa pejabat sudah ditandatangani. Kini hanya menantikan ianya bakal dihiasi dan beroperasi.

Kini aku sedang giat membuat kertas kerja bagi memulakan operasi pejabat. Apa yg patut dibeli, apa yg patut ada. Bagaimana susun atur pejabat. Huh..dulu x pernah nak pikir benda² mcm nih. Yang aku tau, pergi kerja dan balik kerja. X pernah terpikir pun yang satu hari nanti aku dan keluarga bakal mampu menggajikan pekerja. Insyaallah.

3 comment:

Salam.. Good Luck bro for your coming business.. May Allah always be with you n your family....

Salam bang madi, terima kasih diatas sokongan anda..

good luck zul. insyaAllah rezeki ada di mana2. yg penting..usaha! nanti habaq le kat aku kedai hang katne..

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger