Pagi ini aku dan wife bangun awal. Kami bersiap awal untuk ke coffee house yang terletak sebelah pool yang terdapat di Aseana Resort nih. Ntah la, katanya pool nih adalah yang terpanjang di Malaysia ( dia macam bersambung-sambung ). Belumpun sampai di coffee house dah ternampak akan kepadatan orang yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhati gelagat anak² kecil yang ligat beraksi.
Setelah selesai menikmati secawan kopi dan segelas orange juice, aku dan isteri terus ke receiption counter untuk bertanyakan tentang cara untuk kami ke Pulau Dayang Bunting. Setelah dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa kami telah ketinggalan untuk menyertai trip island hopping di awal pagi, kami telah dicadangkan untuk berunding dengan En. Azman ( muka sebijik macam Datuk Azhar Mansur - pelayar solo negara..entah² mmg adik dia kot!) yang bertanggungjawab bagi menguruskan pakej island hopping di hotel berkenaan. Setelah berunding, akhirnya kami memilih trip tengah hari iaitu pada jam 2 petang.
Pada pagi tu, kami decide untuk ke Underwater World yang terletak agak berhampiran dengan hotel dimana kami menginap. Dengan bayaran hanya RM25 seorang, akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki didalam Underwater World. Hehe..dah tua² pun nak pi tengok ikan² berenang lagi. Saja tambah pengetahuan dan pengalaman...Setelah puas berjalan di dalam Underwater World kami pun pulang ke arah hotel untuk mencari tempat untuk menikmati hidangan tengah hari.
Langkawi Underwater World
berposing tepi..errr troli??
Perasaan ketika itu tak dapat digambarkan dengan kata², mana x nye ini adalah pengalaman pertama aku dan isteri menaiki bot laju..hehe. setelah bot tiba, kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan masa yang ditunggu telah pun tiba..bot meluncur deras meninggalkan jeti. Dengan deruan angin yang kuat sambil bot yang kerap dilambung ombak membuatkan aku sakit pinggang..perghh gila keras kena hentak² mcm tu!!
thanks to Mat Saleh..mamat NZ tlg snap.
here we are
rakyat tempatan..ramai tau!
memori indah
atas dek
kalo ada life jacket nih..dah terjun dah. takut² berani je
dah nak balik..
tumpang bergambar cik nyet
sekawan helang
Setelah melihat sekawan helang tersebut, kali ini bot menuju laju ke Pulau Beras Basah. Pulau ini yang terletak agak berhampiran dengan dengan Pulau Singa Besar tadi. Sesampai sahaja di jeti, aku tertarik melihat sekumpulan ikan-ikan kecil yang bebas berenang di permukaan air yang jernih. Kejernihan air di pulau ini, mengingatkan aku kepada detik² manis ketika aku dan isteri bercuti di Pulau Redang yang terletak di Terengganu. Setelah puas bergambar dan menikmati kedinginan air disini, bot kami kembali semula ke Jeti yang berhampiran dengan Awana Porto Malai sebelum kami dihantar pulang ke hotel oleh pemandu pelancong.
mana berasnye?
Disebabkan kempunan untuk mandi manda sewaktu trip 'island hoping' tadi, aku akhirnya bersantai di tepi swimming pool yang terdapat dihotel..hehe itupun kat kolam kanak². kih kih kih.
kolam pun kolam lah..
...to be continued...
0 comment:
Post a Comment