INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Semalam, 01/05/08. Tatkala aku sedang sibuk bertugas di pejabat, dikejutkan dengan deringan telefon bimbit aku. Panggilan daripada kakak itu pantas aku sahut, dengan terkejut aku menerima panggilan serba ringkas itu. Katanya, abah telah dikejarkan ke HKL setelah jatuh pengsan ketika majlis doa selamat di rumah abangnya di Kg. Dato' Keramat.
Jam menunjukkan jam 3 petang, sememangnya pada waktu itu adalah waktu rehat aku. Aku meminta izin daripada supervisor aku untuk diberikan pelepasan awal. Tanpa cerita panjang lebar, dia membenarkan aku pulang awal. Lantas aku memandu pulang untuk menjemput isteri tercinta dirumah yang awal-awal telah aku sampaikan berita kemasukan abah ke HKL.
Tepat jam 4 petang, aku dan isteri telah selamat sampai di HKL. Mencari-cari akan wad di tingkat 4 itu membuatkan aku sedikit berdebar. Sememangnya telah diketahui akan penyakit abah yang dialaminya itu. Sebelum ini pun dia kerap dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama. Doktor pernah berpesan, agar dia berehat dan tidak lagi memandu kereta bagi perjalanan jauh. Tetapi sejak kebelakangan ini, dia kerap pulang ke kampung berseorangan dengan memandu kereta hanya kerana menguruskan perihal dokumentasi kebun buah di kampung selain dari menjengah nenek yang juga agak kurang cergas kesihatannya.
Sesampai di wad, kelihatan mama berseorangan menemani abah. Turut kelihatan seorang doktor yang sedang membuat pemeriksaan ke atas abah. semoga abah cepat sembuh.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger