INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::




macam double meaning je title kat atas tu kan? sejak kebelakangan ini, acapkali kita diperdengarkan tentang kekecohan yang berlaku di dalam negara berkaitan dengan isu minyak. dahulu kecoh isu gula, kemudian isu minyak masak pula menyusul, x lama kemudian dah isu beras pula..dan la ni depa dok hingaq pasai minyak (petrol / diesel) pula.

umum memang mengakui bahawa harga komoditi minyak sedang meningkat diseluruh dunia saban tahun disebabkan pengeluaran yang terhad dibandingkan pula dengan peningkatan permintaan daripada pengguna. Entahlah, wahai OPEC..silalah jalankan tugas anda. Memang ada benarnya, krisis perang Iraq, kekusutan ekonomi US yang dikhabarkan nilai USD semakin tidak menentu, ancaman serangan nuklear dan sebagainya bakal mempengaruhi harga komoditi minyak seluruh dunia.

apa yg dikesalkan ialah, setelah diumumkan akan kenaikan harga minyak di Malaysia rata² peniaga bagaikan mengambil kesempatan untuk menjadikan pengguna sebagai mangsa bagi menanggung sebahagian kos operasi mereka. sekarang sudah kedengaran akan kenaikan harga tiket bagi perjalanan bas ekspres di seluruh negara. gara-gara kenaikan harga diesel lah ni..aduhai!! kita pun faham, bas memang guna diesel untuk membawa penumpang ke destinasi yang dituju..tapi, bagaimana pula dengan kenaikan harga roti canai dari RM0.80 sekeping kepada RM1.20 sekeping? x ketinggalan harga secawan Nescafe Tarik dari RM1.60 kepada RM2.00 secawan..pelik juga, aku pun ada juga terpikir maybe mamak ni guna petrol kot sebagai minyak masaknye dan juga sebagai perasa didalam air panasnya...

renung²kan dan selamat beramal..

p/s: chedet era is the best!! hehe.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger