INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Diam x diam, hari nih merupakan hari ke-10 bagi umat Islam Malaysia berpuasa. Terasa macam baru 2 atau 3 hari lepas kita start berpuasa. Macam mana dengan puasa anda semua?


Sedikit perkara yang ingin aku kongsi dengan u'all tentang sepanjang perjalanan puasa aku dari hari pertama sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, kali ini aku telah diberikan dengan kesihatan yang cukup baik yang membolehkan aku unutk berpuasa dengan sebaik mungkin. Oh ya, ini merupakan tahun kedua aku berpuasa sebagai seorang suami. Seronok juga bila dah beristeri nih tatkala berbuka dan bersahur bersama-sama. Erm, itupun kalo aku dapat berbuka bersama dengan isteri, kekadang tu ada juga yg membuatkan aku berbuka dan bersahur di pejabat lantaran waktu kerja aku yg x menentu.


Semalam, kita berpuasa pada hari ke-9. Sebenarnya aku off-day semalam, tetapi disebabkan adanya rakan sekerja dari Kota Singa yang ingin mengadakan sessi perjumpaan dengan warga kerja dari KL di pejabat, maka sedikit memaksa aku untuk hadir ke pejabat semata-mata untuk attend meeting tersebut. Rakan sekerja aku dari Kota Singa ini adalah perempuan melayu, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki.


Agak mengejutkan, sepanjang meeting dia telah berkongsi cerita dengan kami tentang kebebalannya yang tidak berpuasa itu. Haram jadah. Dengan muka selamba tanpa memikirkan dosa yang bakal ditanggung, dia menyatakan telah menikmati sarapan pagi di Starbuck Coffee di The Curve pada sebelah paginya itu. Sambil menyatakan ianya bukanlah satu kesalahan sekiranya umat Islam di Kota Singa tidak berpuasa. Aku dan rakan mula duduk x tentu arah, rasanya ingin sahaja dihamburkan kata-kata kesat kearah perempuan itu. Disebabkan kami berpuasa, maka kami pendamkan sahaja didalam hati. Begitulah nasib umat Islam di Kota Singa, hukum hakam agama dibuat mainan hidup.


erm, bos aku juga satu hal. Kalau dilihat pada mata kasar, dia cukup sihat. Pada aku, dia tidak bermasalah unutk berpuasa, tetapi dia memilih untuk menggunakan 'keistimewaan' yang ada pada dirinya untuk tidak berpuasa dan menikmati hidangan tengahhari secara terbuka. Yup, secara terbuka. Bos aku telah memeluk agama Islam, tetapi tidak mengamalkan gaya hidup sebagai seorang Islam. Seminggu sebelum berpuasa, dia ada mengajak aku dan teman² sekerja yang lain untuk pergi berhibur di pusat karaoke. Sekiranya setakat karaoke sahaja sememangnya aku tidak keberatan, tapi bila memikirkan akan disajikan dengan makanan dan minuman yang haram, membuatkan aku menolak mentah² ajakan Bos aku tu.


Entahlah, apa nak jadi dengan nasib umat Islam sekarang. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah disepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Salam Ramadhan,
Zulhizain & wife.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger