Kecoh lagi berkenaan isu kereta rasmi bagi Kerajaan Negeri. Kali ni si Lim Guan Eng dan Nizar pula buat hal. Dilaporkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perak bakal menukar kenderaan rasmi pegawai tinggi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada model high-end jenama Toyota Camry.
Pergh..selera besar mereka berdua nih. Silap² haribulan, Ustaz kat Kedah tu pun nak tukar kereta juga. "Mana bleh depa berdua nak pakai Camry, aku pun nak tukar juga..kalau boleh nak merasa Accord baru", maybe itu adalah antara perkara yg bermain dibenak fikiran Ustaz Azizan tu.
Perdana high maintainance?? Come on la, wheres the fact?? FYI, tersusun 2 biji Perdana V6 model terbaru dihalaman rumah parents aku. Kedua-duanya berwarna Silver, salah satunya dibeli daripada Kerajaan Malaysia pada Nov 2007 setelah bapa aku menggunapakai kenderaan tersebut secara percuma semasa berkhidmat didalam Jabatan Polis. Dan satu lagi dibeli daripada EON pada Aug 2003.
Kedua-duanya masih digunapakai oleh kami sekeluarga, sehingga ke hari ini tiada sebarang masalah yg kami hadapi. Cuma ada juga insiden dimana kerosakan mekanikal berlaku keatas gearboxnya, sememangnya satu masalah yg biasa bagi enjin Perdana V6. Namun, ianya still relevan untuk dipandu mahupun dimiliki kerana kos baik pulih terlalu kecil.
Lagi satu, aku berpendapat..sekiranya pihak Pakatan Rakyat mengatakan kos penyelenggaraan Perdana V6 adalah tinggi adalah disebabkan dengan cara pemanduan dan penjagaan kereta yang tidak dilakukan dengan betul atau cermat. Jangan dijadikan alasan kos tinggi nak bertukar ke Toyota Camry 2.4 mahupun Honda Accord.
Kalo cara pemanduan dan cara penjagaan x berubah, korang ingat Toyota Camry tu pun bleh tahan lama ke? LGE sama Nizar...otak kat lutut!!!
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan
Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin?
-
Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya
mendapat perhatian seluruh negara.
Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
3 years ago
1 comment:
aku setuju! ayah aku guna perdana ok je..takdepun slalu rosak..
Post a Comment