Alhamdulillah, kini aku boleh menarik nafas lega apabila Pilihanraya dalaman Kelab Kenarianz telah pun selesai. Walaupun tidak terpilih untuk mengepalai Kenarianz, sedikit pun aku tidak terkilan. Bahkan aku kini terasa seperti burung yang terbang bebas..ahh seronok bukan kepalang.
Jangan tersalah anggap, aku still Kenarianz Member mana mungkin aku bisa melupakan Kenarianz sebegitu sahaja. Maksud aku tentang Bebas adalah, kini aku merasa lega apabila tiada lagi tekanan ketika memangku jawatan tertinggi didalam kelab itu. Pada zahirnya ia sememangnya nampak glamour, tapi orang tidak tahu apa yg tersirat.
Aku juga telah berjanji untuk terus bersama-sama Kenarianz baik didalam forum mahupun apa jua aktiviti yg bakal dianjurkan oleh barisan committee baru, itu pun jika kena pada masanya..maklumlah ‘shifter’ macam aku nih susah sikit nak bagi komitmen 100% macam dulu-dulu.
X ketinggalan, aku ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat semua committee baru terutamanya kepada sahabat baik aku, totttis yg telah diberi mandate untuk menjadi Presiden Kenarianz. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepadanya dan barisan committee baru kerana mengizinkan aku untuk mengundurkan diri daripada barisan committee Kenarianz. Pada aku, itu adalah satu penghormatan yang tak ternilai sepanjang aku menjadi Presiden. Apa org kata, biarlah aku berundur secara bermaruah dan pada ketika Kenarianz telah berada dipuncak.
Insyaallah, sekiranya masa mengizinkan..aku akan kembali menyertai korang semua.
p/s: Wei, lepas nih aku aka nada geng..aku sedang berusaha untuk menempatkan Pyan didalam office aku. Haha…
0 comment:
Post a Comment