INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Menakutkan! Dari hari ke hari kes penularan virus H1N1 di negara kita semakin meningkat. Lebih membimbangkan sudahpun bermulanya gelombang penularan diperingkat tempatan. Jika sebelum ini, angka kes H1N1 ini lebih terarah pada kes² yang diimport, tapi kini ia mula merebak didalam negara. Tapi, keadaan masih lagi terkawal..usah panik dulu.


member opis..azman


Di ofis aku, sudah terdapat satu kes positif H1N1. Ianya adalah kes import, bila mana ada salah seorang staff di level 18 (aku keje level 14) baru pulang daripada USA dan didapati positif H1N1. Apa yang membimbangkan, staff ini telah melaporkan diri unutk bertugas sejurus pulang dari USA. Daripada apa yang aku dengar, keseluruhan level 18 terpaksa dikuarantin dan diberikan cuti khas selama seminggu daripada bekerja. So, dia orang kena duduk rumah dan monitor tahap kesihatan masing² sebelum dibenarkan bertugas kembali.


ini lah dia 'open pod air filter' yg dikatakan tu..hehe


Disebabkan yang sorang ni lah yang menyebakan bank tempat aku bekerja nih mengambil langkah² pencegahan yang wajar dipuji. Kiranya dia org ada inisiatif untuk memastikan tiadanya penularan virus H1n1 ni pada staff² yang lain. Insyallah!! Antara langkah² yang dia org perkenalkan ialah, staff dinasihatkan supaya tidak datang ke pejabat andai kata demam or selsema (itu pasal ramai yg amik kesempatan untuk MC even on Saturday or Sunday), setiap staff dibekalkan dengan Electronic Thermometer bagi merekod suhu badan masing² pada setiap pagi dan direkodkan dalam buku kesihatan yang ada kat pejabat (perghhh...) dan dibekalkan dengan 'open pod air filter' bagi tujuan pernafasan yang lebih selamat.


mana aci, dia org siap pakai sampai cover mata..


Dan x ketinggalan, pada hari sabtu lepas kebetulan aku kerja shift malam dan kat opis nih depa dah lantik kontraktor untuk membuat 'treatment' didalam pejabat. Mereka telah menyembur bahan kimia diruang pejabat bagi tujuan keselamatan dan kesihatan staff² yang lain termasuklah aku.

1 comment:

walaupun ko tak berapa hensem pakai mask tu kan hehe..takpelah..sbg langkah berjaga2. bahaya skang nie..

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger