INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Apalak citer pasal gigi nih?xde benda lain ke nak story? hehe..korang baca dan pahamkan, then comment kat aku. haha

Ceritanya begini, alkisah disatu hari didalam bulan syawal setelah merasa akan nikmatnya kesedapan jamuan majlis raya di rumah kawan aku di Rawang, aku merasakan adanya gegaran yang agak kecil yang pastinya tidak bisa mengakibatkan tsunami malahan ombak kecil sekalipun. gegaran yang aku maksudkan itu telah berlaku didalam kawasan mulut aku sendiri. Hehe..actually rasa denyutan pada bahagian gusi / gigi geraham yang paling belakang.

Pergh, dia punya denyutan membuatkan aku rasa nak pulang meninggalkan majlis tu dengan secepat mungkin jer. sakit tu! Nak dijadikan cerita, malam tu aku ditugaskan untuk berkerja malam. Dan aku mula membuat perancangan untuk melawat klinik pergigian tanglin keesokan paginya. Malam tu nasib baik air-cond kat opis meragam, so xde la kesejukan. Sejuk ditambah dengan sakit gigi..pergh, x berani nak bayangkan.

Esoknya, sesampai di Klinik Pergigian Tanglin (berdekatan masjid negara & bukit aman), aku pun dipanggil masuk menemui doktor gigi. Doktor perempuan berbangsa Sikh itu menjemput aku masuk dan duduk di kerusi 'seram' itu. Setelah diperiksa dia mengatakan yang dia perlu mencabut gigi geraham bongsu yg ada didalam mulut aku. Itu adalah sebaik-baiknya katanya. Manakan tidak, menurut katanya gigi itu telah pecah dan tinggal separuh sahaja lagi. Padan la aku rasa sakit..aku pun berfikir dalam 2 minit sebelum membenarkan doktor mencabut gigi tersebut.

Diambilnya jarum untuk menyucuk ubat bius ke gusi, Masyaallah..besarnya jarum. Adeh, sakit jugalah rasanya bila kena sekali. Bila dah kebas, doktor itu menjalankan kerjanya. Seram la..dengar bunyi macam² dengan rasa dia tekan² kat gusi. Tapi mmg x rasa sakit pun...tau² di suruhnya aku berkumur, bila berkumur tu yg lagi seram tu..darah bukan main banyak keluar dari mulut aku. Dipendekkan cerita, hampir 40 minit doktor tu cuba nak keluarkan gigi tu. Itupun x semua dapat keluar, akar gigi masih didalam. Nak x nak, dia terpaksa suruh aku datang pada 10/12/2009 untuk mengeluarkan baki akar gigi tersebut dengan cara "surgical removal". Pergh seram siot bila tgk kad appointment tu tercatat mcm tu, dah terbayang dah yg dia akan toreh gusi aku nanti...lariiiiiiiii.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger