INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::




10hb November yang lepas, wife aku dah terpasang niat untuk tidak ke pejabatnya manakan tidak kebetulan pada tarikh itu aku bercadang hendak berehat dirumah maklumlah off-day la katakan.

Pepagi lagi dia dah mengajak aku untuk pergi menonton filem Bond terbaru iaitu Quantum Of Solace. Akhirnya, aku dan wife pergi juga menonton aksi Bond di Mid Valley. Orang pun agak ramai juga pada hari tu, tergetus juga dibenak aku ini adakah mereka juga ter'EL' pada hari Isnin itu. Hehe..monday blues la tu kot.

Setelah selesai menyaksikan kehebatan cerita Bond (iye ke hebat? rasanya Casino Royale lagi best!!), maka kami berdua pun seakan-akan buntu memikirkan destinasi yang bakal dituju pada tengah hari itu. Kalo mengikutkan kehendak wife aku, mau diajaknya aku ke Cameron Highlands. Memikirkan destinasi itu agak jauh dan memakan belanja yang agak tinggi untuk kami pada hari tersebut, maka kami sebulat suara unutk ke Genting Highlands sahaja.



Aku x berpikir panjang, Jom!!! Lagipun ini adalah kali pertama untuk aku mencuba kereta baru aku tu ke Genting. Kereta baru, naik bukit pun best la...sekali-sekala menjerit juga sistem VVTi enjin Vios tu..hehe. Masa ni lah aku nak test sistem Tanabe NF210 dan Ultra Racing Bar kereta tu, mmg layan..melekat.


Lama sungguh rasanya aku x berkesempatan mencoret sepatah dua kata dilaman blog nih. BZ..teramat sangat. Sudahlah bz, ditambah pula dengan prosedur keselamatan yang dikenakan di pejabat aku nih menyebabkan laman blogger.com tidak dapat diakses. Bukan sahaja blogger malahan yahoo mail, friendster, myspace dan bermacam lagi x dapat akses. Youtube jgn cakaplah, mmg xbleh langsung.

Nak buat cemana, dah keje dengan bank maka terpaksalah mematuhi banking secrecy act. Terlanjur cerita pasal bank ni kan, tadi aku ada terbaca satu artikel didalam ruangan ekonomi sebuah akhbar inggeris tempatan yang menyentuh mengenai kegawatan ekonomi di negara jiran kita disebelah bawah sana tu. DBS Bank Singapore dikhabarkan akan menjalankan proses VSS nya pada hujung tahun ni. Minta-mintalah isu VSS nih x berlaku di Malaysia.

Minyak pun dah turun harga, amacam geng pembangkang..xde isu lagi dah ke?

2 hari lepas kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional sekali lagi mengotakan janjinya kepada rakyat iaitu dengan menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel sebagai hadiah sempena musim perayaan yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi.




Aku bersyukur, walaupun nilai 10sen itu tidak sebesar mana namun janji telah dikota. Namun, biasalah manusia ni sememangnya tidak pernah berhenti unutk merungut. Alo kawan, at least ada penurunan harga. Kekadang tu aku kurang mengerti dengan kengkawan aku yang terlalu taksub pada pembangkang (sorry..berbau politik sikit en3 kali nih). Kononnya dialah pemimpin agung, chaittt podah!!! Ada sorang rakan aku tu, memang aku tau daripada gaya dan cara dia, dia adalah seorang penyokong kuat parti hijau. Memang x dinafikan, dia antara rakan aku yang kuat pegangan agama..kalau kami ada nak buat kenduri kesyukuran ke, sembahyang berjemaah ke..biasanya nama mamat ni tak pernah lari dari perhatian kami untuk menjadi imam.




Luaran sahaja nampak elok, tapi hati dia sebusuk-busuk pemimpin Parti Kencing Rakyat itu. Asalamualaikum sedara, harga minyak global x menentu turun naiknya..biar berpada sikit nak minta pengurangan dari kerajaan. Ini tidak, dimaki hamunnyer kerajaan gara-gara tidak mampu memenuhi kehendak hatinya. Betul aku x faham, mereka nih mampu belajar tinggi², kerja yang elok², tapi masih mempunyai minda yg amat kotor. Entahlah labu....


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Pandu Cermat Jiwa Selamat.

p/s: aku?? Dulu, Kini & Selamanya....UMNO.

Wheels : Replica of GramLights 57S
Tires : EP Tires 205/40/17
Springs: Tanabe NF210
S.Bar : 2 Point Ultra Racing


Hehe, kasut raya nih maybe 3 tahun sekali baru tukar kot. itupun bergantung kepada kemampuan aku, tapi kali nih aku nak bercerita sedikit tentang kasut raya aku yang lain. Bleh tahan mahal la jugak.







Tapak kasut dah tentu buat dari getah kan? so inilah kasut raya terbaru aku. Kasut raya kereta..hehe. Rims design Gramlights 57S nih memang aku cukup berkenan dari memula aku guna Vios lagi. Walaupun x mampu beli yang original, yang replica pun jadilah. Disalut dengan tayar buatan Indonesia berjenama EP Tires. Saiz? 17 inci beb..nak lawan Perdana abah aku tu. hehe.




Selain tayar dan rims, aku juga dah tukar kepada lowering spring berjenama Tanabe NF210. memang comfort giler, x terasa bumpy sangat. Sebelum terlupa, disebabkan adik aku si Remi tu jadi dealer produk Ultra Racing, maka tidak ketinggalan dipasangkan juga strut bar dari jenama tersebut. Syoknya raya bersama Gramlights...hehe.












Diam x diam, hari nih merupakan hari ke-10 bagi umat Islam Malaysia berpuasa. Terasa macam baru 2 atau 3 hari lepas kita start berpuasa. Macam mana dengan puasa anda semua?


Sedikit perkara yang ingin aku kongsi dengan u'all tentang sepanjang perjalanan puasa aku dari hari pertama sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, kali ini aku telah diberikan dengan kesihatan yang cukup baik yang membolehkan aku unutk berpuasa dengan sebaik mungkin. Oh ya, ini merupakan tahun kedua aku berpuasa sebagai seorang suami. Seronok juga bila dah beristeri nih tatkala berbuka dan bersahur bersama-sama. Erm, itupun kalo aku dapat berbuka bersama dengan isteri, kekadang tu ada juga yg membuatkan aku berbuka dan bersahur di pejabat lantaran waktu kerja aku yg x menentu.


Semalam, kita berpuasa pada hari ke-9. Sebenarnya aku off-day semalam, tetapi disebabkan adanya rakan sekerja dari Kota Singa yang ingin mengadakan sessi perjumpaan dengan warga kerja dari KL di pejabat, maka sedikit memaksa aku untuk hadir ke pejabat semata-mata untuk attend meeting tersebut. Rakan sekerja aku dari Kota Singa ini adalah perempuan melayu, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki.


Agak mengejutkan, sepanjang meeting dia telah berkongsi cerita dengan kami tentang kebebalannya yang tidak berpuasa itu. Haram jadah. Dengan muka selamba tanpa memikirkan dosa yang bakal ditanggung, dia menyatakan telah menikmati sarapan pagi di Starbuck Coffee di The Curve pada sebelah paginya itu. Sambil menyatakan ianya bukanlah satu kesalahan sekiranya umat Islam di Kota Singa tidak berpuasa. Aku dan rakan mula duduk x tentu arah, rasanya ingin sahaja dihamburkan kata-kata kesat kearah perempuan itu. Disebabkan kami berpuasa, maka kami pendamkan sahaja didalam hati. Begitulah nasib umat Islam di Kota Singa, hukum hakam agama dibuat mainan hidup.


erm, bos aku juga satu hal. Kalau dilihat pada mata kasar, dia cukup sihat. Pada aku, dia tidak bermasalah unutk berpuasa, tetapi dia memilih untuk menggunakan 'keistimewaan' yang ada pada dirinya untuk tidak berpuasa dan menikmati hidangan tengahhari secara terbuka. Yup, secara terbuka. Bos aku telah memeluk agama Islam, tetapi tidak mengamalkan gaya hidup sebagai seorang Islam. Seminggu sebelum berpuasa, dia ada mengajak aku dan teman² sekerja yang lain untuk pergi berhibur di pusat karaoke. Sekiranya setakat karaoke sahaja sememangnya aku tidak keberatan, tapi bila memikirkan akan disajikan dengan makanan dan minuman yang haram, membuatkan aku menolak mentah² ajakan Bos aku tu.


Entahlah, apa nak jadi dengan nasib umat Islam sekarang. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah disepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Salam Ramadhan,
Zulhizain & wife.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!


Nak makan kat restoran kena bawa duit sebanyak nih.



Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!


banyaknye duit utk sebotol bir..minum sirap je lah. haha


Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(


huhu..kalo la hari gaji dapat selepuk camnih, kena sewa lori nak bawak balik duit gamaknye


Jadi bersyukurlah bila kita dilahirkan sebagai warga Malaysia.

Dah lama rasanya aku x menyumbangkan sebarang en3 ke ruangan blog ini, pendek kata blog aku ini dah makin berhabuk. xde sapa nak mengemaskannya.


en3 kali ini aku nak berkongsi dengan semua tentang fuel consumption atau FC kereta Vios aku tu. Entah ngapa, dari dulu lagi org sibuk nak tau. Maybe nak membandingkan kot dengan kereta² lain yang sekelas dengannya. Dengan nilai RM2.70 seliter sekarang nih, nak isi RM30 pun dah terasa macam sekejap je tangki kereta mengering.


Pada hari Jumaat minggu lepas bersamaan dengan 1 Ogos 2008, aku dan keluarga telah berkonvoi ke Kuantan bagi menghadiri satu majlis perkahwinan yang berlangsung keesokan harinya. Pada petang itu aku hanya sempat untuk mengisi tangki petrol kereta aku dengan sejumlah 18.5185 liter petrol sahaja yang bernilai RM50.


Perjalanan dari Batu Caves ke Kuantan yang sejauh 236.6km itu telah aku tempuh dengan isteri tercinta yang sentiasa menemani disisi, ecehh.. Keadaan trafik pada lewat petang itu juga kelihatan agak lancar tetapi keadaan sedikit berubah apabila kami mula melepasi kawasan Lapangan Terbang di Gambang. Deretan kenderaan yang berasak-asak menuju ke Bandar Kuantan disebabkan berlangsungnya acara Karnival JomHeboh membuatkan keadaan agak sesak seketika.


Disebabkan aku dan family sudah biasa dengan cabang-cabang jalanraya di Kuantan, maka kami mengambil jalan pintas bagi menuju ke kawasan perumahan di Alur Akar, tempat dimana kami pernah menetap disuatu masa dahulu. Rumah yang kami tuju adalah rumah makcik kami yg telah menetap di Kuantan sejak sekian lamanya.


Sesampai sahaja di hadapan rumah Mak Teh, aku terus mengalih pandangan kearah sistem Multi Information Display ataupun MID itu bagi mendapatkan angka sebenar penggunaan petrol bagi sepanjang perjalanan yang telah ditempuhi itu. Erm, 18.5km/l catatan yang jelas terpampang dihadapan muka aku pada waktu itu.


Setelah dihitung kira, aku pun mula mencongak akan sesuatu yang pastinya tidak mampu ditandingi oleh Perdana V6 abahku yang turut serta didalam konvoi ke Kuantan ini. Sejumlah 12.789 liter petrol telah digunakan bagi sepanjang perjalanan ke Kuantan. "RM34.53 sahaja", kataku kepada abah. Hehe, keesokannya apabila kami pulang ke KL, penggunaan petrol kereta aku sedikit meningkat kepada RM34.68. maybe sebab aku kerap memandu pada kelajuan 130 - 140km/j kot..

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger