Layan je lah..
Position still sama, cuma didalam dept yg baru ini aku tidak lagi diperlukan untuk bekerja shift lagi. Aku tau, insan yg paling gembira mendengar keputusan ini dah tentunya wife aku..x lupa juga, adieb pun sure sangat gembira apabila abah dan mamanya sentiasa bersama dihujung minggu.
sehingga jumpa lagi..tata.
Bagaikan baru semalam aku bertatih. belajar sedikit demi sedikit untuk terus melangkah. hasrat dihati tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Namun, tertewas jua akhirnya..kenangan silam pantas bermain di awangan.
Sedih dan sebak pasti terasa apabila tiba-tiba sahaja terkenangkan akan arwah pakcik aku iaitu Pak Anjang yang telah pun pergi menyahut seruan ilahi. Bagaikan baru semalam aku mendengar celotehnya. Benar terasa akan kehilangannya. Manakan tidak, dialah satu-satunya pakcik sebelah abahku yang gemar berseloroh dengan aku. Ada sahaja kisah jenaka yang pasti kami kongsi bersama tatkala bertemu.
Apabila terkenangkan kisah suka dan duka bersama arwah dulu, tanpa diduga mata aku mula berkaca. tak terkata akan perasaan aku pada waktu itu. Benar kata orang, perjalanan hidup ini terlalu singkat. Gunakan peluang yang sesingkat ini untuk terus berbuat amal kebaikan. Al-Fatihah buat Pak Anjang tersayang.
Yup, tau..xyah cakap. Mmg dah lama terbiar kan? hehe, biasalah kerja siang malam pagi petang. Mana ada masa nak update blog.
Erm, xde benda best sangat yg nak dikhabarkan kali ni, cuma aku agak terkejut dengan keputusan drastik wife aku yg beriya-iya nak mendapatkan DSLR camera. Last², dah beli pun. Nikon 5000D. Hasilnya, cukup memuaskan hati walaupun kami berdua nih bukanlah reti sangat nak bergambar.
Semalam, lepas habis keje pukul 11malam, aku dan isteri terus ke destinasi popular ditengah bandaraya untuk sessi pemanas badan didalam bidang fotografi. Hasilnya boleh tengok dibawah nih;
The first that you require is a good reception area. The basic concept is to have your reception area right in-front of your main door, so that people coming in have no problems in spotting it. The receptionist should be facing people as they enter through the main door. The next important this is to have a nice and comfortable seating area. The receptionist might have to ask your guest or visitor to sit by the time she calls the concerned person.
Coming to the interior of the office, whether you have a simple look to your office or a creative one, you should maintain that continuity starting from the reception to the end. Many offices have a set theme for their interiors which effectively describes their business. Although you can have any theme for your office but it is always better to choose a theme that relates to your business. The color of your office walls should be according to the theme. One has to be very careful with colors as you would not want to over do it and spoil the overall ambience of the office.
Many theories have confirmed that people feel more active in a colorful environment and active people give good results. Your have couple of options when it come to the furniture. You can relate your furniture according to the theme of the office or to keep it simple just match it up with the color of the walls.
Not only these tips are helpful to setup an office but with a little bit of creativity you can give a facelift to your existing office.
Alhamdulillah, aku mcm x percaya! Idea yg aku usulkan pada kedua orang tua aku disambut baik oleh mereka. Kini kami semakin hampir untuk merealisasikan rancangan itu. Apa yer rancangan yg aku maksudkan tu? Nanti aku story slow²..
Tekanan kerja yg aku terima saban hari dipejabat membuatkan aku terpikir sejenak, tatkala bekerja shift malam aku termenung sejenak sambil mengenangkan jalan hidup yang akan dituju oleh kami sekeluarga. Lantas kepala otak nih dah mula terpikir untuk menjalankan perniagaan sendiri, bekerja dipejabat sendiri. Tapi, apa pengalaman yg aku ada? Apa yg boleh aku niagakan? Macam² bermain dikepala otak nih. Mana nak cari modal?
Akhirnya, aku tergerak untuk menjalankan perniagaan yang berkonsepkan perkhidmatan. Dan usul itu aku kemukakan pada ibu bapa aku, iyerlah..depa modal banyak dari aku. Aku lak, ada ke modal?? haha... Pada mulanya mereka hanya mendengar idea aku. Makan minggu juga untuk aku meyakinkan mereka yang perniagaan berkonsepkan perkhidmatan ini lebih menjurus kepada keuntungan jangka panjang. Akhirnya mereka setuju!!
2 minggu yang lepas, mereka telah menghadiri kursus bagi memulakan perniagaan tersebut disalah sebuah organisasi terkemuka di Malaysia. Aku x dapat pergi, disebabkan masih terikat dengan komitmen kerja. Iyelah, keje shift..so paham² lah. Kekadang tu sabtu dan ahad pun ada dipejabat.
Diam x diam, modal sudah dilaburkan oleh mereka. Lokasi bagi menjalankan perniagaan pun sudah dijumpai. Perjanjian sewa pejabat sudah ditandatangani. Kini hanya menantikan ianya bakal dihiasi dan beroperasi.
Kini aku sedang giat membuat kertas kerja bagi memulakan operasi pejabat. Apa yg patut dibeli, apa yg patut ada. Bagaimana susun atur pejabat. Huh..dulu x pernah nak pikir benda² mcm nih. Yang aku tau, pergi kerja dan balik kerja. X pernah terpikir pun yang satu hari nanti aku dan keluarga bakal mampu menggajikan pekerja. Insyaallah.
Ceritanya begini, alkisah disatu hari didalam bulan syawal setelah merasa akan nikmatnya kesedapan jamuan majlis raya di rumah kawan aku di Rawang, aku merasakan adanya gegaran yang agak kecil yang pastinya tidak bisa mengakibatkan tsunami malahan ombak kecil sekalipun. gegaran yang aku maksudkan itu telah berlaku didalam kawasan mulut aku sendiri. Hehe..actually rasa denyutan pada bahagian gusi / gigi geraham yang paling belakang.
Pergh, dia punya denyutan membuatkan aku rasa nak pulang meninggalkan majlis tu dengan secepat mungkin jer. sakit tu! Nak dijadikan cerita, malam tu aku ditugaskan untuk berkerja malam. Dan aku mula membuat perancangan untuk melawat klinik pergigian tanglin keesokan paginya. Malam tu nasib baik air-cond kat opis meragam, so xde la kesejukan. Sejuk ditambah dengan sakit gigi..pergh, x berani nak bayangkan.
Esoknya, sesampai di Klinik Pergigian Tanglin (berdekatan masjid negara & bukit aman), aku pun dipanggil masuk menemui doktor gigi. Doktor perempuan berbangsa Sikh itu menjemput aku masuk dan duduk di kerusi 'seram' itu. Setelah diperiksa dia mengatakan yang dia perlu mencabut gigi geraham bongsu yg ada didalam mulut aku. Itu adalah sebaik-baiknya katanya. Manakan tidak, menurut katanya gigi itu telah pecah dan tinggal separuh sahaja lagi. Padan la aku rasa sakit..aku pun berfikir dalam 2 minit sebelum membenarkan doktor mencabut gigi tersebut.
Diambilnya jarum untuk menyucuk ubat bius ke gusi, Masyaallah..besarnya jarum. Adeh, sakit jugalah rasanya bila kena sekali. Bila dah kebas, doktor itu menjalankan kerjanya. Seram la..dengar bunyi macam² dengan rasa dia tekan² kat gusi. Tapi mmg x rasa sakit pun...tau² di suruhnya aku berkumur, bila berkumur tu yg lagi seram tu..darah bukan main banyak keluar dari mulut aku. Dipendekkan cerita, hampir 40 minit doktor tu cuba nak keluarkan gigi tu. Itupun x semua dapat keluar, akar gigi masih didalam. Nak x nak, dia terpaksa suruh aku datang pada 10/12/2009 untuk mengeluarkan baki akar gigi tersebut dengan cara "surgical removal". Pergh seram siot bila tgk kad appointment tu tercatat mcm tu, dah terbayang dah yg dia akan toreh gusi aku nanti...lariiiiiiiii.
Yes..akhirnya aku akan bercuti panjang, 18 Sept 2009 - 02 Okt 2009. Selamat bercuti!!
Herm, alhamdulillah..hari ni genap 6 bulan dah umur si Adieb. Dalam sedar dan tidak, anak aku tu dah makin membesar. Semakin hari semakin cerdik dah budak tu. Kalo 6 bulan yang dahulu, aku masih mampu mendukungnya dengan sebelah tangan sahaja, tapi sekarang andai kata aku cuba mengulanginya semula..pasti aku disergah oleh wife aku. Alah, kalo x kena sergah pun, aku pasti x termampu dek tangan aku yg sebelah itu memangku adieb seperti dulu. Manakan tidak, kini dia sudah menambah berat badannya lagi..8kilo!! kurang 2 kilo jer dari sekampit beras yang biasa aku beli kat pasaraya giant.
Paling aku suka dengan perkembangan adieb skrg ialah, dia dah pandai nak bergurau senda. Senang je nak buat dia ketawa. jenuhlah si mama dia nak ketawakan si adieb, x macam abah adieb ni..belum buat apa² dia dah ketawa dulu. Erk..muka aku ada macam pelawak sarkas ker? Hehe..lagi satu, dia sekarang dah mula menunjukkan minat terhadap barang permainan..hari tu, kami bertiga pergi ke KLCC dan masuklah sekejap kat toys department kat Isetan tu..perghh dia punya rambang mata dengan geramnya..habis semua mainan nak dicapainya. Nasib baik dah spare duit dekat² RM400 utk belanja raya si adieb hari tu, ada balance² tu..belikan dia 2 toys. yang dua tu pun dah dekat RM60. Xpe..janji dia happy sudah. Biar abah kuar duit lebih skit pun xpe..
en3 kali nih x dan nak upload gambar, pasalnya aku menaip di ofis kala korang semua tgh tido lena dimalam hari. insyaallah en3 yg akan datang..aku upload gambar laks. Till then, selamat tido dimalam hari dan jgn lupa niat puasa!!
Erk..jangan salah sangka, bukan aku yg beraya sakan kali nih tapi si Adieb. Kebetulan hari ini aku on off-day, selepas settle urusan renew insurance kereta wife aku..kami terus ke Suria KLCC untuk shopping raya.
Dan..org yg paling happy dapat keluar jalan² makan angin for sure lah si adieb. Aku rasa la kan, baju raya dia cukup banyak..kalah persiapan raya aku. Baju jangan cerita lah, berpasang-pasang..kasut baru lagi. Fuiyyooohhh..
Dah letih nak menaip, korang tgk ler sendiri. hehe..
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua. Dalam diam, sudah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa. Macam mana dengan puasa anda?
Ini merupakan Ramadhan yang pertama bagi aku setelah bergelar bapa, sedikit memberi kesan kepada diriku. Kesannya bukanlah apa sangat, cuma aku sedikit berkira didalam persiapan menyambut kedatangan Syawal yang akan datang. Memang..memang terlalu awal untuk membicarakan tentang Syawal. Cuma aku sedikit teruja kerana maklumlah, pertama kali hendak membelikan pakaian raya untuk si Adieb Farish. Hehe..
Apa² pun, sama-samalah kita mengerjakan ibadah berpuasa dengan sebaik-baiknya.
Terasa mcm lama pula aku x update blog nih, sesekali dapat peluang update akan aku gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Title entry kali ini agak sarcastic sikit bunyinya kan? Aku geram dan penat sebenarnya, baru sahaja pulang daripada ofis nih..kerja dari jam 2ptg hingga 11 malam.
Petang semalam, iaitu pada 31/07/09 aku telah mengingatkan pada rakan sekerja supaya datang awal pada hari ini iaitu 1/08/09 bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul gara² perhimpunan HARAM anjuran GMI (alah..ditunjangi oleh parti pembangkang nih) yang mendesak supaya pihak kerajaan Malaysia memansuhkan terus I.S.A (internal security act).
Aku yang pada awalnya bercadang untuk memandu sendiri kereta ke tempat kerja, tetapi akhirnya mengubah fikiran disaat akhir dengan memilih untuk menggunakan LRT ke pejabat. Ternyata perubahan rancangan disaat akhir berjaya mengelakkan aku dari terperangkap akibat kesesakan jalanraya apabila pihak berkuasa membuat sekatan jalan secara besar-besaran di semua jalan utama menghala ke pusat bandar.
Sesampai di LRT Masjid Jamek, kelihatan ribuan golongan manusia yang bangang dan bahlol ini berhimpun dihadapan Masjid dan juga stesen LRT sambil dipantau oleh pihak berkuasa.
Kelihatan ditangan masing² telah tersedia botol air mineral berisi garam yang dipercayai akan digunakan untuk diminum dan dicuci muka apabila terkena tear gas. Tak ketinggalan penutup hidung N95 (org skrg pakai utk cegah H1N1, tapi diaorg pakai sebab nak cover muka dari lensa kamera pihak media dan pihak berkuasa). Aku menyusun langkah dengan pantas, tidak mahu insiden 2007 berulang kembali bila mana aku nyaris terperangkap didalam ribuan manusia yang bertempiaran lari mengelakkan gas pemedih mata ketika perhimpunan BERSIH dahulu.
Kali ini aku terselamat!! 5 minit selepas aku berjaya menyusup kedalam ofis sendiri..aku memandang keluar dan melihat bagaimana orang ramai mula panik dan bertempiaran lari apabila pihak polis mula menembak gas pemedih mata dan memberkas orang bodoh yang berhimpun diluar sana. Ada juga yang cuba merempuh pintu kaca OCBC Bank..hehe, tau plak takut!! Paling membuatkan aku geram, kenapa diusung anak² kecil yang masih tidak mengerti apa² tentang perjuangan korang?? Ibu bapa jenis apa korang nih?
Pada aku senang sahaja, kenapa dan mengapa I.S.A diadakan adalah demi menjaga keamanan didalam negara. Pada puak² bangsat yang cuba memansuhkan I.S.A, lupakan lah niat anda..I.S.A adalah benteng terakhir didalam perlaksanaan undang² diMalaysia. Aku Sokong I.S.A dikekalkan..
p/s: aku mengaku, ada diantara sahabat handai dan saudara mara aku yang pro pembangkang, aku x mampu nak mengubah ideologi politik anda..sekiranya anda tergolong didalam kategori ini..aku cuma mapu berdoa akan satu hari nanti korang akan terbuka pintu hati untuk membandingkan mana intan dan mana kaca...
Banyak insiden² yang berlaku sepanjang perlawanan, kegagalan Safee Sali menjaringkan 2 gol pada ketika hanya berhadapan 1 sama 1 dengan penjaga gol Pahang harus diambil berat olehnya dan juga jurulatih K.Devan. Begitu juga dengan kegopohan si Nasril Nourdin, penjaga gol Selangor yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85 permainan.
Apa² pun, Amri Yahyah tetap akan dikenang sebagai pemain lagenda Selangor sebaris dengan Azman Adnan dan Rusdi Suparman. Tahniah Selangor.
Haaa..apa sebab kena relief nih? semuanya gara2 H1N1 lagi..x abis2 kes selsema babi nih. memang menyusahkan!! Disebabkan department aku nih tergolong dalam critical business ops, which means kena jalan 24 hours selain daripada IT Dept yg juga tergolong dalam ops yg sama.
Dipendekkan cerita, sebahagian daripada staff dept aku have to relocate ke bangunan e2power di Cyberjaya. Maybe ramai yg x tau, yg e2power tu one of the subs yg ada dalam OCBC Group. To me, pergh..gila jauh Cyberjaya. At first, nama aku tersenarai antara org yg sepatutnya bertugas di Cyberjaya, last2 x jadi sebab diaorg perlukan org yg berpengalaman untuk standby di Menara OCBC Jalan Tun Perak.
Mmg ad-hoc, even Split Ops ni pun dibuat disebabkan pihak management memerlukan dept aku beroperasi seperti sediakala andai kata either Menara OCBC or Cyberjaya have to quarantined disebabkan peningkatan kes H1N1 di opis aku yg dikhabarkan telah meningkat ke kes ke-5 sebelum diaorg berpendapat split ops is the better idea.
Penat!! everyday have to work 12 hours..even worst, 2 or 3 of my office mate kena keje direct 10 hari sebelum dapat sehari off-day. But, ada satu berita gembira yg aku terima last few days, split ops akan ditamatkan pada hari Jumaat 17/07/09.
p/s: best la sapa yg kena keje cyberjaya, diaorg dapat inconvenience allowance RM100 perday..itu x termasuk OT dan shift allowance tu..betul2 raya sakan korang tahun nih!! enjoy this funny video..haha
pergh..kecik² lagi anak² kepada vokalis Dewa iaitu Ahmad Dhani dah pandai main musik...
Dah hampir 2 minggu aku dan wife bergilir-gilir menggunakan broadband mudah alih daripada celcom nih, so far x pernah menghampakan. Baik daripada speed ataupun stability. Entahlah, maybe sebab area rumah aku support sampai HSDPA yang membuatkan aku dan isteri x pernah merungut tentang keupayaan celcom broadband ni.
:: updated - 02/07/09 ::
Speedtest terbaru pada hari ini;
:: updated - 09/07/09 ::
Speedtest terbaru pada hari ini;
Menakutkan! Dari hari ke hari kes penularan virus H1N1 di negara kita semakin meningkat. Lebih membimbangkan sudahpun bermulanya gelombang penularan diperingkat tempatan. Jika sebelum ini, angka kes H1N1 ini lebih terarah pada kes² yang diimport, tapi kini ia mula merebak didalam negara. Tapi, keadaan masih lagi terkawal..usah panik dulu.
Di ofis aku, sudah terdapat satu kes positif H1N1. Ianya adalah kes import, bila mana ada salah seorang staff di level 18 (aku keje level 14) baru pulang daripada USA dan didapati positif H1N1. Apa yang membimbangkan, staff ini telah melaporkan diri unutk bertugas sejurus pulang dari USA. Daripada apa yang aku dengar, keseluruhan level 18 terpaksa dikuarantin dan diberikan cuti khas selama seminggu daripada bekerja. So, dia orang kena duduk rumah dan monitor tahap kesihatan masing² sebelum dibenarkan bertugas kembali.
Disebabkan yang sorang ni lah yang menyebakan bank tempat aku bekerja nih mengambil langkah² pencegahan yang wajar dipuji. Kiranya dia org ada inisiatif untuk memastikan tiadanya penularan virus H1n1 ni pada staff² yang lain. Insyallah!! Antara langkah² yang dia org perkenalkan ialah, staff dinasihatkan supaya tidak datang ke pejabat andai kata demam or selsema (itu pasal ramai yg amik kesempatan untuk MC even on Saturday or Sunday), setiap staff dibekalkan dengan Electronic Thermometer bagi merekod suhu badan masing² pada setiap pagi dan direkodkan dalam buku kesihatan yang ada kat pejabat (perghhh...) dan dibekalkan dengan 'open pod air filter' bagi tujuan pernafasan yang lebih selamat.
Dan x ketinggalan, pada hari sabtu lepas kebetulan aku kerja shift malam dan kat opis nih depa dah lantik kontraktor untuk membuat 'treatment' didalam pejabat. Mereka telah menyembur bahan kimia diruang pejabat bagi tujuan keselamatan dan kesihatan staff² yang lain termasuklah aku.
