INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

duh. letih dah rasanya nak menunggu dan terus menunggu. seolah-olah menantikan bulan jatuh ke riba. tapi kalo dah bulan jatuh ke riba, nak lari pun dah x buleh..for sure berat punya. 2moro, jumaat 11/04/2008 genap 3 minggu sudah selepas aku buat tempahan kereta baru aku.

Tadi aku berkesempatan untuk menghubungi Sales Advisor aku, menanyakan akan status tempahan yang telah dibuat. Agak mengecewakan juga sebenarnya kerana jawapan yang aku dapat bagaikan kurang menyebelahi aku. Tekanan demi tekanan telah diberikan terhadap salesman tersebut, akan tetapi aku dinasihatkan supaya bersabar kerana menurut katanya aku berada ditempat kedua didalam senarai menunggu. Dan katanya lagi, bakal pembeli yg berada di tempat pertama itu tadi masih belum menjelaskan baki bayaran pendahuluan dan dia telah diberi peluang untuk menyelesaikan baki bayaran sehingga hari sabtu ini.

Letih dah menunggu sebenarnya, aku dah settlekan semua baki bayaran pendahuluan, agreement pinjaman bank juga telah ditandatangani dan number plate telah diperolehi..berapa lama mau tunggu?? Hanya menanti dengan sabar akan kemunculan 'dugong type S' itu...
p/s: dugong type S? hehe..bak kata nabil, korang pikir la sendiri.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger