INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Sabtu. Tatkala ramai diantara penghuni di kota Kuala Lumpur sedang bersiap-siap untuk bersarapan bersama keluarga, aku tempuhi perjalanan ke tempat kerja dengan perasaan yang kosong. Tenang pun tidak, gusar pun tidak..."ahh, just another saturday morning", getus hatiku.

Hari ini, aku telah dihantar oleh isteriku di stesen LRT Pandan Jaya seawal jam 0715. Ini semua gara² isteriku menghadiri perlawanan Bola Tampar anjuran kementeriannya di Putrajaya. Disebabkan beliau ingin menjemput rakan sepejabatnya yang tinggal berdekatan dengan stesen LRT tersebut, maka aku pun mengambil keputusan untuk menemaninya sehingga ke rumah rakannya sebelum aku mengambil tren untuk ke Masjid Jamek.

0735 pagi, kaki aku mula menapak kecil dari stesen Masjid Jamek ke Menara OCBC yang terletak diseberang jalan. Lengang..Sepanjang hari ini pasti membosankan apabila berada dipejabat, namun aku terpaksa mengharungi kebosanan ini demi sesuap nasi. Arghh..hati terasa bagaikan ingin berehat diruang tamu rumah sambil jari bebas memicit butang di remote Astro.

Biarkan sahaja kebosanan ini melanda, akan tiba dipenghujung hari..suasana seperti ini pasti akan berubah tatkala aku pulang dari kerja. Nantikan sambungannya malam nanti...hehe.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger