Kawin sudah, beli kereta baru pun sudah. Jadi apa lagi yang aku perlukan dalam jangkamasa setahun dari sekarang? Semestinya..rumah. Buat masa ini, semenjak dari aku berkahwin..aku dan isteri menyewa di Sunway Batu Caves. Rumah teres 2 tingkat itu telah kami sewa dengan kadar sewa yang agak murah dari pasaran.
Bukan tidak mahu membeli, tetapi sebagai bakal pembeli aku mempunyai hak untuk memilih dan membuat keputusan sebelum satu² keputusan itu dibuat. Iyelah, yang nak beli dan duduk dirumah itu nanti adalah aku dan isteri ku sendiri, bukannya org lain. Apa salahnya untuk aku menjadi terlalu cerewet dalam hal macam nih. Pada aku, rumah adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Jika tersilap memilih lokasi dan jenis rumah, kita pastikan menyesal dihari tua kelak.
Ikutkan hati, memang rumah teres 2 tingkat menjadi idaman. Aku tidak terlalu ghairah untuk membeli rumah jenis apartment ataupun condo, hanya disebabkan beberapa perkara. Antara yang menjadi sebab mengapa aku menolak mentah² rumah jenis ni adalah kerana ianya tidak mesra tetamu, masalah parking dan maintanance fees. Just imagine, kita ada family member yang datang dari jauh yang mahu menumpang tidur dirumah, dengan kekurangan parking memungkinkan family member kita tadi parking diluar kawasan apartment atau condo. Kekurangan parking, adakalanya owner terpaksa mengeluarkan sehingga RM18,000 semata-mata untuk mendapatkan additional parking lot. Non sense...some more kena lagi maintainance fees.
Perkara mcm nih pada aku xkan berlaku pada rumah jenis teres. Tapi entahlah, skrg nih rumah teres x banyak mcm dulu². Yang banyak naik skrg nih hanya apartment dgn condo. Nak cakap x ader langsung tu tipu la, kalo ada pun jauh dari KL i.e di Bangi, Kajang, Semenyih, Rawang, Puchong. Pergh..murah mmg murah, tapi bila dihitungkira akan perbelanjaan harian i.e tol, minyak dan sebagainya..jadi mahal balik kos seharian. Erm..still considering before buying one.
0 comment:
Post a Comment