Berbalik pada cerita Vios aku td, pada penghujung bulan Mei aku telah berkesempatan untuk menguji kehebatan enjin 1NZ-FE di lebuhraya utara selatan. Menakjubkan. Daripada tujahan kuasa dan juga penjimatan minyak, aku rasa ini merupakan satu pembelian yang berbaloi dengan faktor peningkatan kos bahan api di Malaysia.
Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Kodiang Kedah sambil ditemani oleh isteri tercinta memakan masa hampir 6 jam. Lebih kurang 500km jarak perjalanan yang telah kami lalui. Dengan cuaca yang agak mengizinkan untuk aku memandu uji Vios tersebut, aku mula menekan paddle minyak sehingga jarum speedometer agak constant pada angka 110 dan 120km/j. Hehe..adakalanya jarum tu menunjukkan angka 180km/j, responsifnya cukup baik.
Jikalau dahulu semasa memandu Kenari untuk pulang ke kampung halaman isteri, aku kebiasaannya akan mengisi sehingga penuh tangki iaitu lebih kurang RM60. Dengan kelajuan yang sederhana pada 110-120km/j, aku akan berhenti untuk mengisi minyak sebanyak RM20 di R&R Gurun. Tetapi kali ini tidak lagi, Vios itu cuma meminta RM50 untuk petrol di Petronas Sunway Batu Caves dan tidak lagi meminta 'minuman kegemarannya' itu di R&R Gurun. Sebaliknya Vios itu meneruskan perjalanan dan selamat tiba dihadapan pintu rumah mertuaku..erm, menarik!!
Setelah dihitung kira akan catatan yang terdapat pada Multi Information Display ataupun MID pada paparan meter Vios, aku menddapati Vios itu cuma menelan RM49.49 sahaja. Ataupun lebih kurang 25.77 liter petrol. Kenapa?? Tak Percaya??
p/s: kiraan berdasarkan harga petrol yang lama iaitu RM1.92 per liter.