INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Apa yg 2 Dalam 1 nih? Syampu rambut ke? hehe..tajuk en3 tu sengaja aku pilih sebab aku nak memuatkan 2 kisah didalam 1 en3. Boleh ke tuan penasihat?



Al-Kisah 1

Rabu lepas ataupun pada 26/11/08 yang lepas, aku dan wife telah berkesempatan unutk meluangkan masa membeli persiapan utk menyambut kelahiran cahaya mata kami yang pertama. Sesungguhnya pembelian kami pada hari itu bakal disusuli dengan beberapa lagi pembelian secara pakej yang akan dilakukan secara intensif pada bulan hadapan.



antara pakaian yang dibeli





Hehe..semangat sungguh bakal 'mummy & daddy' nih. Planning nak beli barangan yang dibawah RM100 sahaja, last² terlajak sampai RM125. Diantara sebab terlajak ialah, geram melihat pakaian dan perlatan² bayi yang sememangnya cukup comel itu.



alahai comeinya stokin dia





Hopefully next month, kami x terlajak lagi dalam budget membeli... :P




Al-Kisah 2

Pagi tadi, 28/11/08 aku dgn wife ke Tawakal lagi. Kali ini kami dapat parking didepan Farmasi Tawakal. Selalu susah nak dapat kat parking depan nih.



Baik punya aku parking, dah settle bayar caj parking aku dan wife terus pi Klinik Dr. Siti. Balik je dari Klinik, tgk dah ada surat cinta dari Penguatkuasa DBKL. Hampeh tul diaorg nih la.



Kalo aku tak bayar caj parking atau dah terlebih masa parking..aku bleh terima lagi. Nih korang tgk la gambar kat bawah nih, ada ke patut??



tiket parking aku sampai pukul 1023 pagi la..



kenapa ko saman aku jam 0948 pagi..budus!



Ni yang buat aku semakin benci tgk penguatkuasa DBKL mahupun MPS nih, dah la cuai bila aku buat komplen kat DBKL..depa kata depa x bleh batalkan saman just boleh bagi diskaun. Diskaun apanye..nak diskaun² tunggu time SALE la!! Bukannya salah aku x bayar parking!!




10hb November yang lepas, wife aku dah terpasang niat untuk tidak ke pejabatnya manakan tidak kebetulan pada tarikh itu aku bercadang hendak berehat dirumah maklumlah off-day la katakan.

Pepagi lagi dia dah mengajak aku untuk pergi menonton filem Bond terbaru iaitu Quantum Of Solace. Akhirnya, aku dan wife pergi juga menonton aksi Bond di Mid Valley. Orang pun agak ramai juga pada hari tu, tergetus juga dibenak aku ini adakah mereka juga ter'EL' pada hari Isnin itu. Hehe..monday blues la tu kot.

Setelah selesai menyaksikan kehebatan cerita Bond (iye ke hebat? rasanya Casino Royale lagi best!!), maka kami berdua pun seakan-akan buntu memikirkan destinasi yang bakal dituju pada tengah hari itu. Kalo mengikutkan kehendak wife aku, mau diajaknya aku ke Cameron Highlands. Memikirkan destinasi itu agak jauh dan memakan belanja yang agak tinggi untuk kami pada hari tersebut, maka kami sebulat suara unutk ke Genting Highlands sahaja.



Aku x berpikir panjang, Jom!!! Lagipun ini adalah kali pertama untuk aku mencuba kereta baru aku tu ke Genting. Kereta baru, naik bukit pun best la...sekali-sekala menjerit juga sistem VVTi enjin Vios tu..hehe. Masa ni lah aku nak test sistem Tanabe NF210 dan Ultra Racing Bar kereta tu, mmg layan..melekat.


Lama sungguh rasanya aku x berkesempatan mencoret sepatah dua kata dilaman blog nih. BZ..teramat sangat. Sudahlah bz, ditambah pula dengan prosedur keselamatan yang dikenakan di pejabat aku nih menyebabkan laman blogger.com tidak dapat diakses. Bukan sahaja blogger malahan yahoo mail, friendster, myspace dan bermacam lagi x dapat akses. Youtube jgn cakaplah, mmg xbleh langsung.

Nak buat cemana, dah keje dengan bank maka terpaksalah mematuhi banking secrecy act. Terlanjur cerita pasal bank ni kan, tadi aku ada terbaca satu artikel didalam ruangan ekonomi sebuah akhbar inggeris tempatan yang menyentuh mengenai kegawatan ekonomi di negara jiran kita disebelah bawah sana tu. DBS Bank Singapore dikhabarkan akan menjalankan proses VSS nya pada hujung tahun ni. Minta-mintalah isu VSS nih x berlaku di Malaysia.

Minyak pun dah turun harga, amacam geng pembangkang..xde isu lagi dah ke?

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget