INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Since last monday, kaki kanan aku nih terhincut-hincut apabila melakukan pergerakan. Kesakitan yang amat sangat jelas terasa disekitar kawasan ibu jari. Warna biru kebiruan dan keadaannya yang agak bengkak menyebabkan aku sukar untuk memakai kasut untuk ke tempat kerja.
Semalam dan hari ini aku kepejabat dengan memakai selipar. Walaupun still terasa kesakitan sekurang-kurangnya kaki aku teralas dengan sepasang selipar yang aku beli di Giant tempoh hari. Selesa sedikit jika dibandingkan dengan keperitan yang mungkin dihadapi tatkala menyarung kasut dikaki.
Selasa lepas aku telah berjumpa dengan doktor, doktor telah menyatakan agar aku kurang bergerak. Aku juga telah dinasihatkan agar merendam kaki didalam air panas, dan sekiranya kesakitan masih terasa selepas 3 hari dia menyarankan agar aku kembali semula untuk melakukan pemeriksaan lanjut i.e x-ray bagi mengesan sebarang keretakan pada tulang.
Esok aku akan bertugas pada shift malam, aku bercadang untuk berjumpa dengan doktor yang sama pada sebelah pagi. Sekiranya keadaan semakin teruk, maybe aku akan ke klinik yang terletak di Metro Kepong itu ketika perjalanan pulang dari pejabat malam ini. Ketika ini, aku dapat merasakan denyutan pada kaki aku tu..sakit!! Ditambah pula dengan kedinginan penyaman udara di pejabat membuatkan kesakitan itu bagai tak tertanggung lagi.
Sekiranya esok aku disahkan mengalami keretakan tulang dikaki, maka aku mungkin akan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tawakal. Just doakan agar aku cepat sembuh..TQ.



Kawin sudah, beli kereta baru pun sudah. Jadi apa lagi yang aku perlukan dalam jangkamasa setahun dari sekarang? Semestinya..rumah. Buat masa ini, semenjak dari aku berkahwin..aku dan isteri menyewa di Sunway Batu Caves. Rumah teres 2 tingkat itu telah kami sewa dengan kadar sewa yang agak murah dari pasaran.



Bukan tidak mahu membeli, tetapi sebagai bakal pembeli aku mempunyai hak untuk memilih dan membuat keputusan sebelum satu² keputusan itu dibuat. Iyelah, yang nak beli dan duduk dirumah itu nanti adalah aku dan isteri ku sendiri, bukannya org lain. Apa salahnya untuk aku menjadi terlalu cerewet dalam hal macam nih. Pada aku, rumah adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Jika tersilap memilih lokasi dan jenis rumah, kita pastikan menyesal dihari tua kelak.



Ikutkan hati, memang rumah teres 2 tingkat menjadi idaman. Aku tidak terlalu ghairah untuk membeli rumah jenis apartment ataupun condo, hanya disebabkan beberapa perkara. Antara yang menjadi sebab mengapa aku menolak mentah² rumah jenis ni adalah kerana ianya tidak mesra tetamu, masalah parking dan maintanance fees. Just imagine, kita ada family member yang datang dari jauh yang mahu menumpang tidur dirumah, dengan kekurangan parking memungkinkan family member kita tadi parking diluar kawasan apartment atau condo. Kekurangan parking, adakalanya owner terpaksa mengeluarkan sehingga RM18,000 semata-mata untuk mendapatkan additional parking lot. Non sense...some more kena lagi maintainance fees.



Perkara mcm nih pada aku xkan berlaku pada rumah jenis teres. Tapi entahlah, skrg nih rumah teres x banyak mcm dulu². Yang banyak naik skrg nih hanya apartment dgn condo. Nak cakap x ader langsung tu tipu la, kalo ada pun jauh dari KL i.e di Bangi, Kajang, Semenyih, Rawang, Puchong. Pergh..murah mmg murah, tapi bila dihitungkira akan perbelanjaan harian i.e tol, minyak dan sebagainya..jadi mahal balik kos seharian. Erm..still considering before buying one.

Alhamdulillah. Mungkinkah ini yang dinamakan rezeki kahwin. Apa² pun aku bersyukur kepada Yang Esa kerana tanpa keizinNya aku tidak mungkin akan menikmati kehidupan yang sebaik ini.
Sebelum ini, Bank Officer seperti aku telah diberikan arrears @ tunggakan gaji sebanyak 7%. Time tu xdelah dapat banyak sangat, tapi banyak la juga sampaikan aku bleh pergi bercuti di Langkawi tempoh hari. Hari ini pula, bank tempat aku bekerja telah menunaikan tanggungjawab dan janji mereka dengan memberikan arrears sebanyak 26%. Pada aku, jumlah itu cukup besar..mana x nya, aku menerima total 33% tunggakan gaji yang dikira sejak dari November 2006 iaitu lebih kurang 20bulan tunggakan termasuk 2bulan bonus.
Malam ini, aku akan membawa seluruh ahli keluargaku untuk keluar menikmati makan malam sebagai menghargai sumbangan dan sokongan mereka terhadap kerjaya aku. Especially to my beloved father yang telah membantu aku bagi menempatkan diri sebagai salah seorang Bank Officer di sebuah foreign bank yang terkemuka.
To all bank officer out there, spend your arrears wisely...hehehe. (pedulik hapa, it's my money what..haha)





type 'find Chuck Norris'


Click 'Im feeling lucky' ..jgn klik google search.


bace la search result die..read the suggestions at the bottom..


selamat mencuba...

Lega. Setelah 3 minggu aku menunggu dengan penuh sabar, kini penantian itu sudah pun berakhir apabila aku telahpun mendapat 'dugong' type s yang aku nantikan saban hari selama ini.




Didatangkan dengan enjin 1.5 VVT-i 110hp, kereta serba hitam ini menjadi pilihan aku. Ntah, aku pun x tau kenapa dengan tiba² muncul satu perasaan untuk berkereta baru. X pernah dirancang pun, apatah lagi Kenari aku tu boleh dikategorikan sebagai baru x baru juga dengan usianya bakal mencecah 5 tahun. x banyak masalah yang aku hadapi sepanjang 5 tahun aku bersama kenari itu. Apa yg pasti, kenari itu tidak dijual. Malahan ianya akan kusimpan dan jaga agar sentiasa dalam keadaan yang baik. Hehe..mana nak cari, dari Kenari tu lah aku berkenalan dengan seseorang yang istimewa dalam hidup aku; isteriku yang tercinta. hik hik hik.






enjin 1NZ-FE VVT-i



Hehe..balik semula pada dugong nih. Pada mulanya aku bercadang untuk menukar enjin Kenari aku itu kepada satu enjin yang lebih berkuasa (malahan lebih berkuasa daripada Myvi, Perdana V6 mahupun Waja serta Gen2) iaitu enjin daripada Daihatsu YRV yang bersesaran 1300cc dengan pendesak turbo. 140hp on engine!! Pergh, taruk dalam engine bay kenari nih gerenti padat x hengat.





Alih²..satu hari tu, aku tergerak nak ke showroom Toyota berdekatan dengan rumah aku di Batu Caves. Ini semua gara² terpikat dengan ke'macho'an model terbaru Toyota Altis 1.8G Sporty. Disebabkan bayaran bulanannya agak tinggi, maka aku mula mengalihkan perhatian aku pada model terbaru Toyota Vios S.



Pada permulaannya aku amat tidak menggemari akan model terbaru Vios ini disebabkan rekebentuk hadapannya yang seakan dugong ditambah pula dengan bahagian belakangnya yang agak kurang menarik daripada model terdahulu. Tetapi setelah melihat akan modifikasi yang telah dilakukan oleh pemandu-pemandu Vios di Thailand dan Singapura membuatkan aku begitu tertarik dengan kereta ini. Dipasarkan di Jepun dengan nama Toyota Belta manakala bagi pasaran US dan Eropah, ianya lebih dikenali dengan nama Toyota Yaris Sedan.










diantara modded vios from Thailand yang menambat hati



Cukuplah rasanya sampai disini sahaja aku bercerita tentang dugong ini, izinkan aku 'berehat-rehat' dengan peliharaan aku yang terbaru ini. hehehe...

Sabtu. Tatkala ramai diantara penghuni di kota Kuala Lumpur sedang bersiap-siap untuk bersarapan bersama keluarga, aku tempuhi perjalanan ke tempat kerja dengan perasaan yang kosong. Tenang pun tidak, gusar pun tidak..."ahh, just another saturday morning", getus hatiku.

Hari ini, aku telah dihantar oleh isteriku di stesen LRT Pandan Jaya seawal jam 0715. Ini semua gara² isteriku menghadiri perlawanan Bola Tampar anjuran kementeriannya di Putrajaya. Disebabkan beliau ingin menjemput rakan sepejabatnya yang tinggal berdekatan dengan stesen LRT tersebut, maka aku pun mengambil keputusan untuk menemaninya sehingga ke rumah rakannya sebelum aku mengambil tren untuk ke Masjid Jamek.

0735 pagi, kaki aku mula menapak kecil dari stesen Masjid Jamek ke Menara OCBC yang terletak diseberang jalan. Lengang..Sepanjang hari ini pasti membosankan apabila berada dipejabat, namun aku terpaksa mengharungi kebosanan ini demi sesuap nasi. Arghh..hati terasa bagaikan ingin berehat diruang tamu rumah sambil jari bebas memicit butang di remote Astro.

Biarkan sahaja kebosanan ini melanda, akan tiba dipenghujung hari..suasana seperti ini pasti akan berubah tatkala aku pulang dari kerja. Nantikan sambungannya malam nanti...hehe.

duh. letih dah rasanya nak menunggu dan terus menunggu. seolah-olah menantikan bulan jatuh ke riba. tapi kalo dah bulan jatuh ke riba, nak lari pun dah x buleh..for sure berat punya. 2moro, jumaat 11/04/2008 genap 3 minggu sudah selepas aku buat tempahan kereta baru aku.

Tadi aku berkesempatan untuk menghubungi Sales Advisor aku, menanyakan akan status tempahan yang telah dibuat. Agak mengecewakan juga sebenarnya kerana jawapan yang aku dapat bagaikan kurang menyebelahi aku. Tekanan demi tekanan telah diberikan terhadap salesman tersebut, akan tetapi aku dinasihatkan supaya bersabar kerana menurut katanya aku berada ditempat kedua didalam senarai menunggu. Dan katanya lagi, bakal pembeli yg berada di tempat pertama itu tadi masih belum menjelaskan baki bayaran pendahuluan dan dia telah diberi peluang untuk menyelesaikan baki bayaran sehingga hari sabtu ini.

Letih dah menunggu sebenarnya, aku dah settlekan semua baki bayaran pendahuluan, agreement pinjaman bank juga telah ditandatangani dan number plate telah diperolehi..berapa lama mau tunggu?? Hanya menanti dengan sabar akan kemunculan 'dugong type S' itu...
p/s: dugong type S? hehe..bak kata nabil, korang pikir la sendiri.

Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)
1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.
Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”
Sekian, kalau ada salah dan silap, tolong tunjukkan. Wallahu a’lam.
p/s: agaknya, inilah salah satu sebab Pak Lah guna kereta plate '13'..

Hari ke-4 12/03/2008 - Rabu


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Langkawi. Pagi itu seperti biasa, setelah selesai menikmati sarapan pagi di coffee house kami lantas ke receiption counter untuk check-out. Setelah selesai segala proses pembayaran, aku dan isteri telah berpakat untuk menikmati pagi yang indah itu dengan melawat tempat bersejarah di Langkawi, Makam Mahsuri.



first time menjejakkan kaki disini






Siapa yang tidak kenal akan lagenda Mahsuri. Boleh dikatakan hampir seluruh warga Malaysia telah dibesarkan dengan cerita² lagenda Mahsuri yang diperturunkan daripada generasi yang lebih tua dari kita. Siapalah Langkawi tanpa Mahsuri. Kenapa timbul kenyataan sebegitu? Perasaan kasihan memang ada tatkala aku dan isteri melewati kawasan perkuburan Mahsuri. Insan yang dihukum bunuh tanpa diusul periksa, memahatkan sumpah keramat sehingga 7 keturunan andai benar dirinya tidak diulit dosa. Sejak itu, Pulau Langkawi tidak pernah aman dan damai, tanah bendang kering tidak bermaya, urusan perniagaan tidak beroleh kaya, rakyat hidup dalam suasana yang tidak sejahtera.



berdekatan dengan makam



Setelah 7 keturunan, akhirnya lahir Aishah dimuka bumi. Segala sumpah yang dahulunya melanda kini ia semakin reda. Kejayaan ekonomi, kesejahteraan rakyat, pembangunan pelancongan..kini Langkawi dimata dunia. Tiada lagi insan yang sengsara, tiada lagi bendang yang tidak bernyawa, tiada lagi yang lapar dan dahaga. Tetapi yang tinggal, parut luka dihati pastinya ada bila mengenangkan jasa pembesar dahulukala menjalankan hukuman tanpa usul periksa.


rumah Mahsuri




rumah mahsuri dari sisi




telaga mahsuri



alahai..posing manje

Back to topic, hehe..yang sudah tu sudah. Selepas hampir satu jam setengah aku dan isteri di Makam Mahsuri, kami bergegas ke Jeti Kuah untuk memulangkan kereta sewa dan berbaris bagi mendapatkan tiket feri ke Kuala Perlis. Langkawi 2008 - The Memories Remain.



Langkawi 2008



:: dah habishhhh ::



ceh..ngabih boreh jo. sana sini orang dok cite baik kat opis, kat sekolah memandu, warung kopi pak mat tempe, kat pasar malam..x abis² dengan demam akademi fantasia nyer. sampai naik boring dah aku dengar.

yup, dulu semasa diawal kemunculan AF iaitu pada musim pertama, aku agak kurang mengikuti perkembangannya. tetapi pada musim ke-2 dan ke-3, aku turut tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap perkembangan para pelajar AF. hehe..sekali sekala ter'AFUNDI' juga. pelajar kegemaran aku semasa dua musim AF tersebut adalah si Zahid, Mawi, Felix dan Marsha. Tapi entah kenapa sejak masuk musim ke-4, aku rasa AF dah hilang seri. Maybe disebabkan rata-rata rakyat Malaysia dapat mengagak apa yang bakal terjadi kepada barisan pelajar² di akademi tersebut.

aura Mawi cukup meninggalkan kesan


Kalah ke menang ke, yang pastinya lepasan² akademi ini tidak akan pergi kemana-mana..yang boleh melariskan jualan album hanyalah segelintir, dan yang selebihnya tercampak di bidang pengacaraan ( pis² kacang pis ), berlakon drama, jadi duta iklan ( baik punyeee....hihi ) dan didalam bidang² yang sekawasan dengannya lah.

Apa² pun selamat berjaya buat pelajar² AF yang kononnya mahu menuju puncak... erm, okey lah tu!!

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget