INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Salam,

Bagaikan baru semalam aku bertatih. belajar sedikit demi sedikit untuk terus melangkah. hasrat dihati tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Namun, tertewas jua akhirnya..kenangan silam pantas bermain di awangan.

Sedih dan sebak pasti terasa apabila tiba-tiba sahaja terkenangkan akan arwah pakcik aku iaitu Pak Anjang yang telah pun pergi menyahut seruan ilahi. Bagaikan baru semalam aku mendengar celotehnya. Benar terasa akan kehilangannya. Manakan tidak, dialah satu-satunya pakcik sebelah abahku yang gemar berseloroh dengan aku. Ada sahaja kisah jenaka yang pasti kami kongsi bersama tatkala bertemu.

Apabila terkenangkan kisah suka dan duka bersama arwah dulu, tanpa diduga mata aku mula berkaca. tak terkata akan perasaan aku pada waktu itu. Benar kata orang, perjalanan hidup ini terlalu singkat. Gunakan peluang yang sesingkat ini untuk terus berbuat amal kebaikan. Al-Fatihah buat Pak Anjang tersayang.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger