INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Erm..bleh tahan juga kesan kenaikan harga petrol baru² ini. Mujur aku buat pilihan tepat dengan memilih Vios tempoh hari. Apakan tidak, baru aku tahu Vios adalah lebih menjimatkan petrol berbanding Kenari aku. Tapi en3 aku pada kali ini bukan lah nak membandingkan Vios dan Kenari, kerana dua² dalam segmen yang berbeza. Pada aku, dua² pun OK.

Berbalik pada cerita Vios aku td, pada penghujung bulan Mei aku telah berkesempatan untuk menguji kehebatan enjin 1NZ-FE di lebuhraya utara selatan. Menakjubkan. Daripada tujahan kuasa dan juga penjimatan minyak, aku rasa ini merupakan satu pembelian yang berbaloi dengan faktor peningkatan kos bahan api di Malaysia.

Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Kodiang Kedah sambil ditemani oleh isteri tercinta memakan masa hampir 6 jam. Lebih kurang 500km jarak perjalanan yang telah kami lalui. Dengan cuaca yang agak mengizinkan untuk aku memandu uji Vios tersebut, aku mula menekan paddle minyak sehingga jarum speedometer agak constant pada angka 110 dan 120km/j. Hehe..adakalanya jarum tu menunjukkan angka 180km/j, responsifnya cukup baik.

Jikalau dahulu semasa memandu Kenari untuk pulang ke kampung halaman isteri, aku kebiasaannya akan mengisi sehingga penuh tangki iaitu lebih kurang RM60. Dengan kelajuan yang sederhana pada 110-120km/j, aku akan berhenti untuk mengisi minyak sebanyak RM20 di R&R Gurun. Tetapi kali ini tidak lagi, Vios itu cuma meminta RM50 untuk petrol di Petronas Sunway Batu Caves dan tidak lagi meminta 'minuman kegemarannya' itu di R&R Gurun. Sebaliknya Vios itu meneruskan perjalanan dan selamat tiba dihadapan pintu rumah mertuaku..erm, menarik!!

Setelah dihitung kira akan catatan yang terdapat pada Multi Information Display ataupun MID pada paparan meter Vios, aku menddapati Vios itu cuma menelan RM49.49 sahaja. Ataupun lebih kurang 25.77 liter petrol. Kenapa?? Tak Percaya??

p/s: kiraan berdasarkan harga petrol yang lama iaitu RM1.92 per liter.

Siapa yg bakal dinobatkan selaku juara Piala FA 2008? Jawapannya akan diketahui pada jam lebih kurang 2230 hari Sabtu ini. Bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor bakal menamatkan kemarau juara semenjak mendakap Piala FA pada 2005 dahulu.

Benar kata pengurus pasukan selangor yang baru, cukup dikenali sebagai Mr. Manager ataupun Brader Zack; kilauan piala telah terpancar, hanya menunggu masa untuk dijulang oleh Kapitan Shukor Adan.

Buat semua player Selangor, kuatkan semangat untuk menyaingi Kedah. Jadikan kemenangan pada musim 2005 dahulu menjadi pendorong kejayaan pada kali ini. Viva Selangor.

p/s: 2005, Selangor menewaskan Perak dengan 4 gol berbalas 2. Dua gol hasil jaringan Bambang Pamungkas, dan masing-masing satu gol daripada Elie Aiboy dan juga Brian Diego Fuentes. Fuentes n Bepe...Selangorians always remember you!!




macam double meaning je title kat atas tu kan? sejak kebelakangan ini, acapkali kita diperdengarkan tentang kekecohan yang berlaku di dalam negara berkaitan dengan isu minyak. dahulu kecoh isu gula, kemudian isu minyak masak pula menyusul, x lama kemudian dah isu beras pula..dan la ni depa dok hingaq pasai minyak (petrol / diesel) pula.

umum memang mengakui bahawa harga komoditi minyak sedang meningkat diseluruh dunia saban tahun disebabkan pengeluaran yang terhad dibandingkan pula dengan peningkatan permintaan daripada pengguna. Entahlah, wahai OPEC..silalah jalankan tugas anda. Memang ada benarnya, krisis perang Iraq, kekusutan ekonomi US yang dikhabarkan nilai USD semakin tidak menentu, ancaman serangan nuklear dan sebagainya bakal mempengaruhi harga komoditi minyak seluruh dunia.

apa yg dikesalkan ialah, setelah diumumkan akan kenaikan harga minyak di Malaysia rata² peniaga bagaikan mengambil kesempatan untuk menjadikan pengguna sebagai mangsa bagi menanggung sebahagian kos operasi mereka. sekarang sudah kedengaran akan kenaikan harga tiket bagi perjalanan bas ekspres di seluruh negara. gara-gara kenaikan harga diesel lah ni..aduhai!! kita pun faham, bas memang guna diesel untuk membawa penumpang ke destinasi yang dituju..tapi, bagaimana pula dengan kenaikan harga roti canai dari RM0.80 sekeping kepada RM1.20 sekeping? x ketinggalan harga secawan Nescafe Tarik dari RM1.60 kepada RM2.00 secawan..pelik juga, aku pun ada juga terpikir maybe mamak ni guna petrol kot sebagai minyak masaknye dan juga sebagai perasa didalam air panasnya...

renung²kan dan selamat beramal..

p/s: chedet era is the best!! hehe.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget