INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Debaran yg cemana tu yer? Hehe..apa yg pasti bukannya debaran tentang pemilihan tampuk kuasa didalam Kenarianz, sebaliknya debaran untuk aku bergelar bapa semakin memuncak.



Semalam, aku sempat menemani isteri ke Hospital Tawakal bagi pemeriksaan bulanannya. Disebabkan aku bekerja (10pg – 9mlm)semalam, maka aku telahpun meminta kebenaran untuk mengambil 2 jam waktu lunch (alih2 kena ganti balik extra sejam) dari jam 3 petang hingga jam 5 petang.



Alhamdulillah, menurut kata Dr. kandungan isteri aku kelihatan cukup sifat dan berada dalam keadaan yang baik. Menurutnya lagi, kandungan yang telah pun masuk minggu yang ke-32 itu telah mencapai berat 1.9kg.



Semalam juga, kami telah memilih untuk melakukan scan secara 4D (mahal juga, RM220 per session) dimana imej muka baby tu dapat dilihat melalui skrin. Canggih sungguh zaman sekarang.



Aku sangkakan dapat melihat akan muka baby tu sejelas-jelasnya, namun sedikit hampa apabila ‘dia’ seakan-akan tahu niat kami apabila dia telah meletakkan tangan dimukanya, ceh main tutup-tutup muka lak. Dapat tengok sipi-sipi je. Hehe…maybe dia nak suruh aku dgn wife tgk muka dia semasa dia lahir je nanti.



Erm, sabar je lah!! Anyway, segala persiapan dan kelengkapan baby telahpun siap hampir 90%. Cuma menanti detik dan saat sahaja untuk aku bergelar ayah (aku jangkakan awal Mac wife aku bersalin). Eh..lupa nak bagi tau, nama ‘baby’ nih pun dah ada..kalo nak tau, tunggu aku umumkan nanti.

Hehe..pemilihan apa tu? Diam x diam dah hampir 6 tahun aku mengabdikan diri aku padanya. Sekejap je rasanya masa berjalan, dalam tempoh 6 tahun itu juga pelbagai ujian dan cabaran telah aku tempuhi. Sepanjang tempoh itu aku bergelar Presiden Kelab Kenarianz.



Menyingkap kembali kisah suka duka semasa diawal penubuhan kelab, bisa berdiri bulu roma aku. Secara jujurnya aku mengakui bahawa aku amat menghargai akan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan (totttis, DinGXAero, Gadgetfreq, pikamerah, mezzy, jay_std) dan pada aku mereka-mereka inilah yang layak digelar ‘true hero’ didalam Kenarianz.



Betul, mmg ada segelintir daripada nama-nama tersebut yang sudah tidak bergiat aktif didalam Kenarianz, dan aku adalah salah seorang daripadanya. Dahulu aku kerap menyindir akan mereka yang kurang aktif didalam aktiviti kelab, tetapi kini aku pula yang disindir. Hehe..balasan la tu kot. Tapi aku x kisah, itu hak mereka dan bukannya mereka-mereka ini yang membayar gaji aku sepanjang aku berkhidmat selaku Presiden.



Mengabdikan diri dan masa pada Kenarianz adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Komitmen yang ditunjukkan sepanjang aku bergiat aktif didalam Kenarianz telah berbayar apabila kini Kenarianz telah dikenali seluruh warga Malaysia khususnya pemilik ataupun pemandu kenderaan Kenari.



Menyesal? Sama sekali aku tidak akan menyesal andai kata aku tidak terpilih untuk menjadi Presiden bagi musim 2009-2011 ini. Pada pendapat aku, biarlah pemimpin datang dan pergi asalkan Kelab trus disegani. Benar kata-kata seorang orang kuat didalam ACFK semasa diawal penubuhan Kenarianz dahulu, “Semasa masih kecil senang nak dibela, bila dah besar susah nak dibela”.



Kepada warga Kenarianz yang mungkin terpandang akan en3 ini, aku ingin mengambil kesempatan diatas kapasiti seorang Presiden yang sah sehingga ke hari ini, mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sokongan dan penghormatan yang telah dibuat keatas aku dan kelab. Sesungguhnya aku tidak mampu memberikan apa-apa balasan kepada anda semua diatas kebaikan yang telah diberikan. Terima Kasih.

Sebenarnya sudah lama aku nak mencoret serba sedikit kisah ini pada en3 aku yang lepas-lepas. Berkisar tentang kisah bakal baby aku dan kepercayaan kita sebagai umat Islam kepada Yang Maha Esa.



Bulan Mac 2009, aku dan isteri bakal menimang cahaya mata kami. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya. Pada aku, ianya adalah satu hadiah yang x ternilai pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yang akan memasuki tahun kedua pada Mac ini.



Sepanjang 2 tahun, terlalu banyak kisah suka dan duka berlaku. Sememangnya lumrah dunia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita bakal kembali. Kehilangan beberapa insane tersayang didalam hidup aku dan isteri sedikit sebanyak mematangkan kami. Kami juga kerap diuji dengan ujian daripadaNya, dan kepadaNya jugalah kami memohon kekuatan dan ketabahan unutk meneruskan hari-hari yang bakal dilalui.



Setelah dikecewakan 2 kali sebelum ini apabila kandungan isteriku tidak menjadi (keguguran), namun ianya hanyalah seketika apabila isteriku disahkan hamil pertengahan tahun lepas. Alhamdulillah. KepadaNya aku panjatkan kesyukuran. Sebelum disahkan hamil, banyak perkara aku dan isteri lalui bersama. Pertama sekali, aku tidak pernah meletakkan dirinya didalam keadaan bersalah atau harus dipersalahkan ekoran masalah keguguran yang lalu. Keduanya, aku cuba untuk meluangkan lebih banyak masa bersamanya semata-mata kerana inginkan dia melupakan kisah yang dilaluinya agar dirinya lebih kental dan bersemangat untuk terus berusaha. Ketiga, kami juga kerap berdoa agar dikurniakan cahaya mata.



Kisah yang menarik untuk dikongsi bersama bermula disini, kebetulan pada pertengahan tahun lepas kedua ibubapa aku disertai oleh 2 orang adik aku telah pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. Sebelum mereka berangkat kesana, aku kerap berpesan kepada kedua ibubapa ku agar sentiasa mendoakan kebahagian kami sekeluarga dan tidak lupa memanjatkan hasrat kami untuk menimang cahaya mata. Tidak lupa, isteriku juga sempat mengirim beberapa manisan yang dikatakan mampu memberikan pasangan yang belum mempunyai cahaya mata harapan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.



Pada satu malam, ibuku menelefon dari Kota Mekah. Dengan suara yang seakan ceria dia memberitahu pada aku yang dia tidak putus-putus memanjatkan doa agar aku dan isteri dikurniakan cahayamata. Dalam tempoh dia berdoa, katanya ada satu kisah yang tidak dapat dilupakannya. Kisah itu dikongsinya bersama aku, sedang dia kusyuk memanjatkan doa secara tiba-tiba muncul seorang bayi lelaki kecil dihadapannya. Kulitnya putih bersih kata ibuku, bayi duduk dihadapan ibuku sambil mengukir senyuman. Dia langsung x menghiraukan orang lain apatah lagi ibunya yang dikatakan duduk beribadat dihujung sana. Ditatapnya wajah ibuku sambil bibirnya tidak lekang mengukirkan senyuman.



Selepas itulah baru ibuku mengatakan yang hatinya berat mengatakan bahawa aku dan isteri bakal menimang cahaya mata dalam jangkamasa terdekat dan bakal dikurniakan bayi lelaki. Pada waktu itu, aku hanya mendengar kisahnya dengan hati yang terbuka.



Ternyata, petunjuk yang diberikan itu seakan menjadi kenyataan apabila aku dan isteri melawat Dr. Siti Zaleha di Hosp. Tawakal apabila Dr. memberitahu bahawa hasil daripada pemeriksaan Ultrasound, aku dan isteri bakal dikurniakan bayi lelaki.



Kini aku dan isteri hanya menghitung hari, segala kelengkapan bagi menyambut bakal cahayamata kami itu telah dibuat dengan rapi. Doakan agar semuanya dapat berjalan dengan baik.



Akhir kata, aku teringat akan satu pesanan daripada seorang pemanggil di salah sebuah stesen Radio terkemuka ketika ini, katanya “Walau segagah mana pun seseorang lelaki itu, dia pastinya akan menangis pada 3 waktu tertentu dalam hidupnya. Pertama, ketika dia dilahirkan; Kedua, saat dia bergelar bapa; dan Ketiga, saat dia kehilangan insan tersayang dalam hidupnya”. Kesimpulannya, aku rasa aku bakal menangis kegembiraan disaat aku bakal menjadi bapa… hehe

Puas! Apakan tidak, dendam ekoran kekalahan pasukan bolasepak kesayangan aku iaitu Selangor terhadap pasukan Kedah sudah berbalas. Kebetulan, semalam aku bekerja shift pagi, so dapatlah aku melayan TV1 dimalam harinya untuk menyaksikan pertembungan 2 pasukan hebat diMalaysia sepanjang 2008.



Sebagaimana hiruk pikuk kat stadium, mcm itulah juga keadaannya dirumah tatkala aku dan wife menonton bolasepak. Maklumlah, aku kan sokong Selangor sejak kecil lagi, dan wife aku pula anak jati Kedah..dah tentu dia lebih terarah pada pasukan negeri kelahirannya.



Sememangnya aku cukup gembira dengan aksi Selangor pada musim ini, mmg betul perjalanan liga masih jauh..tapi konsistensi pasukan Selangor semenjak diambil alih oleh coach K.Devan membuatkan aku beranggapan tahun ini merupakan tahun kegemilangan Selangor dan keputusan perlawanan semalam menjadi titik mula kegemilangan itu.



Tiada lagi aksi hantaran lintang melintang yang gemar dilakukan oleh pemain Selangor seperti musim-musim yang sudah, apakan tidaknya taktik sedemikian rupa amat digemari oleh coach terdahulu dan ianya lebih mudah dibaca oleh pihak lawan.



Buat Kedah pula, ini merupakan satu permulaan yang cukup sukar bagi anda dan penyokong setianya. Punca kekalahan Kedah pada malam semalam terletak pada kecuaian si Helmi Heliza Misbun tu la..hehe. Masa di Piala Suzuki tempoh hari, berduyun-duyun penyokong HijauKuning dok backing si Helmi sambil menegaskan Helmi adalah penjaga gol terbaik Negara ketika ini..namun, kesilapan Helmi pada malam tadi tidak ubah seperti kesilapan yang pernah dibuatnya ketika penampilan bersama skuad Malaysia. Hopefully B.Sathianathan selaku jurulatih Malaysia dapat mencari pengganti Helmi pada saingan antarabangsa selepas ini.



Berikut adalah hasil kajian yang dibuat oleh aku sendiri mengenai kekalahan pasukan Kedah ditangan Selangor;

1. Ketiadaan pemain import – x dinafikan lagi, kekuatan Kedah hanya pada pemain importnya.
2. Helmi Eliza – kecuaian yang sukar dimaafkan
3. Azraai Khor tidak mengenakan baju bertuahnya iaitu MerahPink
4. Terkena badi Champion – dulu org sebut Double Treble..smlm jadi Trouble Treble
5. Moral down selepas Farizal dikenakan kad merah – baru main dah nak ganas2..



Semoga Selangor terus sukses.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget