INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Hehe..pemilihan apa tu? Diam x diam dah hampir 6 tahun aku mengabdikan diri aku padanya. Sekejap je rasanya masa berjalan, dalam tempoh 6 tahun itu juga pelbagai ujian dan cabaran telah aku tempuhi. Sepanjang tempoh itu aku bergelar Presiden Kelab Kenarianz.



Menyingkap kembali kisah suka duka semasa diawal penubuhan kelab, bisa berdiri bulu roma aku. Secara jujurnya aku mengakui bahawa aku amat menghargai akan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan (totttis, DinGXAero, Gadgetfreq, pikamerah, mezzy, jay_std) dan pada aku mereka-mereka inilah yang layak digelar ‘true hero’ didalam Kenarianz.



Betul, mmg ada segelintir daripada nama-nama tersebut yang sudah tidak bergiat aktif didalam Kenarianz, dan aku adalah salah seorang daripadanya. Dahulu aku kerap menyindir akan mereka yang kurang aktif didalam aktiviti kelab, tetapi kini aku pula yang disindir. Hehe..balasan la tu kot. Tapi aku x kisah, itu hak mereka dan bukannya mereka-mereka ini yang membayar gaji aku sepanjang aku berkhidmat selaku Presiden.



Mengabdikan diri dan masa pada Kenarianz adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Komitmen yang ditunjukkan sepanjang aku bergiat aktif didalam Kenarianz telah berbayar apabila kini Kenarianz telah dikenali seluruh warga Malaysia khususnya pemilik ataupun pemandu kenderaan Kenari.



Menyesal? Sama sekali aku tidak akan menyesal andai kata aku tidak terpilih untuk menjadi Presiden bagi musim 2009-2011 ini. Pada pendapat aku, biarlah pemimpin datang dan pergi asalkan Kelab trus disegani. Benar kata-kata seorang orang kuat didalam ACFK semasa diawal penubuhan Kenarianz dahulu, “Semasa masih kecil senang nak dibela, bila dah besar susah nak dibela”.



Kepada warga Kenarianz yang mungkin terpandang akan en3 ini, aku ingin mengambil kesempatan diatas kapasiti seorang Presiden yang sah sehingga ke hari ini, mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sokongan dan penghormatan yang telah dibuat keatas aku dan kelab. Sesungguhnya aku tidak mampu memberikan apa-apa balasan kepada anda semua diatas kebaikan yang telah diberikan. Terima Kasih.

3 comment:

Salam.. Zul..

Hmm.. masing2 terasa dgn debaran yg kian memuncak.. Bg abg, abg x pernah harapkan sebarang jawatan dlm kelab.. Cuma abg suka sekiranya aktiviti kelab terus berjalan lancar kerana apala guna ada kelab tanpa aktivitinya kan.. BTW, abg juga ucapkan tahniah dan syabas diatas usaha2 Kenarianz founder yg dulu2.. Tanpa korang tiadalah kami seperti sekarang...

BHF1932 - Salam..

Selamat Bertanding, no worries..no heart feeling. terima kasih juga diatas penghormatan itu..

hehe..dah kira kategori founder ler nih.

huhu kenangan yg begitu berharga.. terima kasih di atas segala usaha korang selama ini..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...diharap ikatan persahabatan antara kita akan terus kekal selamanya..

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger