INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Sebenarnya sudah lama aku nak mencoret serba sedikit kisah ini pada en3 aku yang lepas-lepas. Berkisar tentang kisah bakal baby aku dan kepercayaan kita sebagai umat Islam kepada Yang Maha Esa.



Bulan Mac 2009, aku dan isteri bakal menimang cahaya mata kami. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya. Pada aku, ianya adalah satu hadiah yang x ternilai pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yang akan memasuki tahun kedua pada Mac ini.



Sepanjang 2 tahun, terlalu banyak kisah suka dan duka berlaku. Sememangnya lumrah dunia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita bakal kembali. Kehilangan beberapa insane tersayang didalam hidup aku dan isteri sedikit sebanyak mematangkan kami. Kami juga kerap diuji dengan ujian daripadaNya, dan kepadaNya jugalah kami memohon kekuatan dan ketabahan unutk meneruskan hari-hari yang bakal dilalui.



Setelah dikecewakan 2 kali sebelum ini apabila kandungan isteriku tidak menjadi (keguguran), namun ianya hanyalah seketika apabila isteriku disahkan hamil pertengahan tahun lepas. Alhamdulillah. KepadaNya aku panjatkan kesyukuran. Sebelum disahkan hamil, banyak perkara aku dan isteri lalui bersama. Pertama sekali, aku tidak pernah meletakkan dirinya didalam keadaan bersalah atau harus dipersalahkan ekoran masalah keguguran yang lalu. Keduanya, aku cuba untuk meluangkan lebih banyak masa bersamanya semata-mata kerana inginkan dia melupakan kisah yang dilaluinya agar dirinya lebih kental dan bersemangat untuk terus berusaha. Ketiga, kami juga kerap berdoa agar dikurniakan cahaya mata.



Kisah yang menarik untuk dikongsi bersama bermula disini, kebetulan pada pertengahan tahun lepas kedua ibubapa aku disertai oleh 2 orang adik aku telah pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. Sebelum mereka berangkat kesana, aku kerap berpesan kepada kedua ibubapa ku agar sentiasa mendoakan kebahagian kami sekeluarga dan tidak lupa memanjatkan hasrat kami untuk menimang cahaya mata. Tidak lupa, isteriku juga sempat mengirim beberapa manisan yang dikatakan mampu memberikan pasangan yang belum mempunyai cahaya mata harapan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.



Pada satu malam, ibuku menelefon dari Kota Mekah. Dengan suara yang seakan ceria dia memberitahu pada aku yang dia tidak putus-putus memanjatkan doa agar aku dan isteri dikurniakan cahayamata. Dalam tempoh dia berdoa, katanya ada satu kisah yang tidak dapat dilupakannya. Kisah itu dikongsinya bersama aku, sedang dia kusyuk memanjatkan doa secara tiba-tiba muncul seorang bayi lelaki kecil dihadapannya. Kulitnya putih bersih kata ibuku, bayi duduk dihadapan ibuku sambil mengukir senyuman. Dia langsung x menghiraukan orang lain apatah lagi ibunya yang dikatakan duduk beribadat dihujung sana. Ditatapnya wajah ibuku sambil bibirnya tidak lekang mengukirkan senyuman.



Selepas itulah baru ibuku mengatakan yang hatinya berat mengatakan bahawa aku dan isteri bakal menimang cahaya mata dalam jangkamasa terdekat dan bakal dikurniakan bayi lelaki. Pada waktu itu, aku hanya mendengar kisahnya dengan hati yang terbuka.



Ternyata, petunjuk yang diberikan itu seakan menjadi kenyataan apabila aku dan isteri melawat Dr. Siti Zaleha di Hosp. Tawakal apabila Dr. memberitahu bahawa hasil daripada pemeriksaan Ultrasound, aku dan isteri bakal dikurniakan bayi lelaki.



Kini aku dan isteri hanya menghitung hari, segala kelengkapan bagi menyambut bakal cahayamata kami itu telah dibuat dengan rapi. Doakan agar semuanya dapat berjalan dengan baik.



Akhir kata, aku teringat akan satu pesanan daripada seorang pemanggil di salah sebuah stesen Radio terkemuka ketika ini, katanya “Walau segagah mana pun seseorang lelaki itu, dia pastinya akan menangis pada 3 waktu tertentu dalam hidupnya. Pertama, ketika dia dilahirkan; Kedua, saat dia bergelar bapa; dan Ketiga, saat dia kehilangan insan tersayang dalam hidupnya”. Kesimpulannya, aku rasa aku bakal menangis kegembiraan disaat aku bakal menjadi bapa… hehe

2 comment:

Alhamdulillah.. Dia telah mengkabulkan doa kalian..:-)
Anak adalah amanah Allah.. Semoga perolehi kegembiraan..

hopefully semuanya berjalan lancar. aku pun tak sabar nak dpt cahayamata :)..cuma belum ada rezeki wat masa nie...

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget