INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Lega. Setelah 3 minggu aku menunggu dengan penuh sabar, kini penantian itu sudah pun berakhir apabila aku telahpun mendapat 'dugong' type s yang aku nantikan saban hari selama ini.




Didatangkan dengan enjin 1.5 VVT-i 110hp, kereta serba hitam ini menjadi pilihan aku. Ntah, aku pun x tau kenapa dengan tiba² muncul satu perasaan untuk berkereta baru. X pernah dirancang pun, apatah lagi Kenari aku tu boleh dikategorikan sebagai baru x baru juga dengan usianya bakal mencecah 5 tahun. x banyak masalah yang aku hadapi sepanjang 5 tahun aku bersama kenari itu. Apa yg pasti, kenari itu tidak dijual. Malahan ianya akan kusimpan dan jaga agar sentiasa dalam keadaan yang baik. Hehe..mana nak cari, dari Kenari tu lah aku berkenalan dengan seseorang yang istimewa dalam hidup aku; isteriku yang tercinta. hik hik hik.






enjin 1NZ-FE VVT-i



Hehe..balik semula pada dugong nih. Pada mulanya aku bercadang untuk menukar enjin Kenari aku itu kepada satu enjin yang lebih berkuasa (malahan lebih berkuasa daripada Myvi, Perdana V6 mahupun Waja serta Gen2) iaitu enjin daripada Daihatsu YRV yang bersesaran 1300cc dengan pendesak turbo. 140hp on engine!! Pergh, taruk dalam engine bay kenari nih gerenti padat x hengat.





Alih²..satu hari tu, aku tergerak nak ke showroom Toyota berdekatan dengan rumah aku di Batu Caves. Ini semua gara² terpikat dengan ke'macho'an model terbaru Toyota Altis 1.8G Sporty. Disebabkan bayaran bulanannya agak tinggi, maka aku mula mengalihkan perhatian aku pada model terbaru Toyota Vios S.



Pada permulaannya aku amat tidak menggemari akan model terbaru Vios ini disebabkan rekebentuk hadapannya yang seakan dugong ditambah pula dengan bahagian belakangnya yang agak kurang menarik daripada model terdahulu. Tetapi setelah melihat akan modifikasi yang telah dilakukan oleh pemandu-pemandu Vios di Thailand dan Singapura membuatkan aku begitu tertarik dengan kereta ini. Dipasarkan di Jepun dengan nama Toyota Belta manakala bagi pasaran US dan Eropah, ianya lebih dikenali dengan nama Toyota Yaris Sedan.










diantara modded vios from Thailand yang menambat hati



Cukuplah rasanya sampai disini sahaja aku bercerita tentang dugong ini, izinkan aku 'berehat-rehat' dengan peliharaan aku yang terbaru ini. hehehe...

1 comment:

wah..en. zul ada kete baru ek..:D

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget