INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Hari ke-4 12/03/2008 - Rabu


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Langkawi. Pagi itu seperti biasa, setelah selesai menikmati sarapan pagi di coffee house kami lantas ke receiption counter untuk check-out. Setelah selesai segala proses pembayaran, aku dan isteri telah berpakat untuk menikmati pagi yang indah itu dengan melawat tempat bersejarah di Langkawi, Makam Mahsuri.



first time menjejakkan kaki disini






Siapa yang tidak kenal akan lagenda Mahsuri. Boleh dikatakan hampir seluruh warga Malaysia telah dibesarkan dengan cerita² lagenda Mahsuri yang diperturunkan daripada generasi yang lebih tua dari kita. Siapalah Langkawi tanpa Mahsuri. Kenapa timbul kenyataan sebegitu? Perasaan kasihan memang ada tatkala aku dan isteri melewati kawasan perkuburan Mahsuri. Insan yang dihukum bunuh tanpa diusul periksa, memahatkan sumpah keramat sehingga 7 keturunan andai benar dirinya tidak diulit dosa. Sejak itu, Pulau Langkawi tidak pernah aman dan damai, tanah bendang kering tidak bermaya, urusan perniagaan tidak beroleh kaya, rakyat hidup dalam suasana yang tidak sejahtera.



berdekatan dengan makam



Setelah 7 keturunan, akhirnya lahir Aishah dimuka bumi. Segala sumpah yang dahulunya melanda kini ia semakin reda. Kejayaan ekonomi, kesejahteraan rakyat, pembangunan pelancongan..kini Langkawi dimata dunia. Tiada lagi insan yang sengsara, tiada lagi bendang yang tidak bernyawa, tiada lagi yang lapar dan dahaga. Tetapi yang tinggal, parut luka dihati pastinya ada bila mengenangkan jasa pembesar dahulukala menjalankan hukuman tanpa usul periksa.


rumah Mahsuri




rumah mahsuri dari sisi




telaga mahsuri



alahai..posing manje

Back to topic, hehe..yang sudah tu sudah. Selepas hampir satu jam setengah aku dan isteri di Makam Mahsuri, kami bergegas ke Jeti Kuah untuk memulangkan kereta sewa dan berbaris bagi mendapatkan tiket feri ke Kuala Perlis. Langkawi 2008 - The Memories Remain.



Langkawi 2008



:: dah habishhhh ::

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget