Terasa mcm lama pula aku x update blog nih, sesekali dapat peluang update akan aku gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Title entry kali ini agak sarcastic sikit bunyinya kan? Aku geram dan penat sebenarnya, baru sahaja pulang daripada ofis nih..kerja dari jam 2ptg hingga 11 malam.
gambar dirakam dari tkt 14 ofis aku Petang semalam, iaitu pada 31/07/09 aku telah mengingatkan pada rakan sekerja supaya datang awal pada hari ini iaitu 1/08/09 bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul gara² perhimpunan
HARAM anjuran GMI (alah..ditunjangi oleh parti pembangkang nih) yang mendesak supaya pihak kerajaan Malaysia memansuhkan terus
I.S.A (
internal security act).
situasi dihadapan ofis aku, OCBC Bank Aku yang pada awalnya bercadang untuk memandu sendiri kereta ke tempat kerja, tetapi akhirnya mengubah fikiran disaat akhir dengan memilih untuk menggunakan LRT ke pejabat. Ternyata perubahan rancangan disaat akhir berjaya mengelakkan aku dari terperangkap akibat kesesakan jalanraya apabila pihak berkuasa membuat sekatan jalan secara besar-besaran di semua jalan utama menghala ke pusat bandar.
disebabkan koranglah, byk perniagaan terpaksa ditutup Sesampai di LRT Masjid Jamek, kelihatan ribuan golongan manusia yang
bangang dan bahlol ini berhimpun dihadapan Masjid dan juga stesen LRT sambil dipantau oleh pihak berkuasa.
Kelihatan ditangan masing² telah tersedia botol air mineral berisi garam yang dipercayai akan digunakan untuk diminum dan dicuci muka apabila terkena
tear gas. Tak ketinggalan penutup hidung N95 (org skrg pakai utk cegah H1N1, tapi diaorg pakai sebab nak
cover muka dari lensa kamera pihak media dan pihak berkuasa). Aku menyusun langkah dengan pantas, tidak mahu insiden 2007 berulang kembali bila mana aku nyaris terperangkap didalam ribuan manusia yang bertempiaran lari mengelakkan gas pemedih mata ketika perhimpunan BERSIH dahulu.
tear gas dilepaskan berhampiran DBKL Kali ini aku terselamat!! 5 minit selepas aku berjaya menyusup kedalam ofis sendiri..aku memandang keluar dan melihat bagaimana orang ramai mula panik dan bertempiaran lari apabila pihak polis mula menembak gas pemedih mata dan memberkas orang bodoh yang berhimpun diluar sana. Ada juga yang cuba merempuh pintu kaca OCBC Bank..hehe, tau plak takut!! Paling membuatkan aku geram, kenapa diusung anak² kecil yang masih tidak mengerti apa² tentang perjuangan korang?? Ibu bapa jenis apa korang nih?
'lembu²' berhampiran Bank Rakyat Pada aku senang sahaja, kenapa dan mengapa
I.S.A diadakan adalah demi menjaga keamanan didalam negara. Pada puak² bangsat yang cuba memansuhkan
I.S.A, lupakan lah niat anda..
I.S.A adalah benteng terakhir didalam perlaksanaan undang² diMalaysia.
Aku Sokong I.S.A dikekalkan..terima kasih pada pihak berkuasa yang menjalankan tugas p/s: aku mengaku, ada diantara sahabat handai dan saudara mara aku yang pro pembangkang, aku
x mampu nak mengubah ideologi politik anda..sekiranya anda tergolong didalam kategori ini..aku cuma mapu berdoa akan satu hari nanti korang akan terbuka pintu hati untuk membandingkan mana intan dan mana kaca...