INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::


Dugongku dalam keadaaan asal


Hitam mata dugongku. mwa ha ha. Kebetulan aku dapat off-day selama 3 hari setelah bertugas selama 4 malam berturut-turut, aku mendapat idea untuk melakukan sedikit modikasi terhadap Vios aku tu. Nak tau apa dia? Erm, bacalah en3 ni sampai abis. :P





Diantara tools yg digunakan dalam projek ini.


Sebetulnya aku mendapat ilham untuk melakukan modifikasi dibahagian lampu hadapan Vios ini setelah terlihat akan beberapa gambar Toyota Vios dari Thailand dan tidak ketinggalan Toyota Yaris S dari USA. Rata-rata mereka memilih untuk melakukan sedikit 'pembedahan' dibahagian lampu hadapan sebagai projek modifikasi mereka yang pertama.



mari membuka bumper.



lampu sudah berjaya dikeluarkan



credit to remi, banyak juga dia tolong



aiya..sudah lompong.


Dari A-Z, semuanya dibuat sendiri ataupun dalam bahasa lainnya DIY. Nasib baik adik aku si Remi sedang bercuti dari kuliahnya, setidak-tidaknya ringan sikit beban aku. Nak buat sorang², silap haribulan terlajak sampai 3 hari pula.



org guna hairdryer untuk rambut, aku guna??



ada stylelah abg ni kopek durian..ehh silap, lampu!




time ni kul 12 malam dah kot..lupa.




dah dismantle dah..


Okey, baik aku start berceloteh skit.Untuk hari pertama, aku dan adik aku remi telah berjaya membuka bumper Vios tersebut dan kemudiannya mengeluarkan kedua-dua belah lampu hadapan. Semua bahagian telah diceraikan satu persatu. huhu, part nih yg letih sebenarnya. Bukan senang nak buka headlights, kena panaskan dulu original sealant yg ada disekeliling lampu tu dan baru leh buka. Korang tgk la gambar kat atas ni cara² nya, nanti komen kat aku.




proses mengecat bermula.




sticker dah siap dipotong.



testing skit..okeh cun!!





proses pemasangan semula headlight. guna silicone skit.




yea..dah pasang kat body.


Aku ambik masa hampir 4jam untuk proses buka bumper dan buka headlights plus spray headlight cover tu. Keesokannya pula aku dan remi pasang balik semua benda tu..dan terhasillah karya aku buat masa ini. Jumpa lagi dimodifikasi yg seterusnya.




echeh..my wife turut enterframe..





dan hasilnya adalah seperti skrg ini..amacam??

2 comment:

mengancam dugong ko..

boleh tahan la Mr.P, wa respect sama lu.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget