INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Dah lama rasanya aku x menyumbangkan sebarang en3 ke ruangan blog ini, pendek kata blog aku ini dah makin berhabuk. xde sapa nak mengemaskannya.


en3 kali ini aku nak berkongsi dengan semua tentang fuel consumption atau FC kereta Vios aku tu. Entah ngapa, dari dulu lagi org sibuk nak tau. Maybe nak membandingkan kot dengan kereta² lain yang sekelas dengannya. Dengan nilai RM2.70 seliter sekarang nih, nak isi RM30 pun dah terasa macam sekejap je tangki kereta mengering.


Pada hari Jumaat minggu lepas bersamaan dengan 1 Ogos 2008, aku dan keluarga telah berkonvoi ke Kuantan bagi menghadiri satu majlis perkahwinan yang berlangsung keesokan harinya. Pada petang itu aku hanya sempat untuk mengisi tangki petrol kereta aku dengan sejumlah 18.5185 liter petrol sahaja yang bernilai RM50.


Perjalanan dari Batu Caves ke Kuantan yang sejauh 236.6km itu telah aku tempuh dengan isteri tercinta yang sentiasa menemani disisi, ecehh.. Keadaan trafik pada lewat petang itu juga kelihatan agak lancar tetapi keadaan sedikit berubah apabila kami mula melepasi kawasan Lapangan Terbang di Gambang. Deretan kenderaan yang berasak-asak menuju ke Bandar Kuantan disebabkan berlangsungnya acara Karnival JomHeboh membuatkan keadaan agak sesak seketika.


Disebabkan aku dan family sudah biasa dengan cabang-cabang jalanraya di Kuantan, maka kami mengambil jalan pintas bagi menuju ke kawasan perumahan di Alur Akar, tempat dimana kami pernah menetap disuatu masa dahulu. Rumah yang kami tuju adalah rumah makcik kami yg telah menetap di Kuantan sejak sekian lamanya.


Sesampai sahaja di hadapan rumah Mak Teh, aku terus mengalih pandangan kearah sistem Multi Information Display ataupun MID itu bagi mendapatkan angka sebenar penggunaan petrol bagi sepanjang perjalanan yang telah ditempuhi itu. Erm, 18.5km/l catatan yang jelas terpampang dihadapan muka aku pada waktu itu.


Setelah dihitung kira, aku pun mula mencongak akan sesuatu yang pastinya tidak mampu ditandingi oleh Perdana V6 abahku yang turut serta didalam konvoi ke Kuantan ini. Sejumlah 12.789 liter petrol telah digunakan bagi sepanjang perjalanan ke Kuantan. "RM34.53 sahaja", kataku kepada abah. Hehe, keesokannya apabila kami pulang ke KL, penggunaan petrol kereta aku sedikit meningkat kepada RM34.68. maybe sebab aku kerap memandu pada kelajuan 130 - 140km/j kot..

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget