INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Hehe..semenjak dah jadi bapa nih, sana sini org dok congrat kat aku. Terima Kasih yer..terima kasih juga untuk hamper, kad dan sms yg korang bagi. Appreciate it so much.
Ramai juga la yang bertanya mengenai kesihatan Adieb dan juga wife aku, apa yg bleh aku bgtau kat sini ialah Alhamdulillah mereka berdua dalam keadaan yang sihat.



Apa dia? Kongsi pengalaman setelah menjadi bapa? Hehe..insyallah akan aku kongsikan bersama korang semua didalam en3 kali ini. Kepada mereka-mereka yg terlalu mengharapkan gambar-gambar terbaru si Adieb, korang xkan dapat didalam en3 kali ini, insyallah akan di update dari masa ke semasa. Bukannya kedekut, tapi tau je la..blogspot kat opis aku dah kena banned so aku x leh nak update gambar..ini pun sebab curi-curi guna 3rd party website – swiftproxy.net. Kalo x caya cuba tanya si Sue-Arif..hehe



Pada 6hb tu, sebetulnya aku dan wife sekadar pergi ke Hosp. Tawakal bagi mendapatkan pemeriksaan bulanan jer tapi since Doktor beritahu yg ‘jalan’ dah terbuka sehingga 5cm maka wife aku kena tahan dan terus dibawa ke Labour Room. Aku?? Dalam pada tu dah x keruan dah, tapi sempat mengawal kemachoan dan terus memaklumkan ke rakan sepejabat yg aku terpaksa amik Emergency Leave. Padahal, jantung kat dalam nih dah berdegup kencang sekencang larian deras si Watson Nyambek. Haha..tapi aku control juga, xkan nak tunjuk depan wife aku..karang x pasal-pasal dia pun x confident nak bersalin.



Semasa proses melahirkan si Adieb Farish nih, aku terus setia disisi wife aku, memberikan kata-kata semangat agar segalanya berjalan lancer. Pada mulanya aku khuatir juga andaikata aku lemah semangat dan mungkin pitam apabila melihat proses bersalin didepan mata. Tapi itu bukan penghalang, aku pun heran, aku tenang dan berjaya mengawal perasaan takut sepanjang proses Adieb dilahirkan. Pada yg mungkin baru berkahwin, aku nasihatkan apabila tiba masa pasangan anda ingin melahirkan bayi..pastikan anda berada disisi dan tak putus-putus berikan dorongan..Kekuatan yang ada pada aku pada hari tu hanyalah pada satu ungkapan iaitu,”Money Can’t Buy This Moment”.



Selesai proses kelahiran, aku keluar dari Labour Room..menuju ke bilik air bagi mencuci muka. Sedar x sedar, aku menangis. Perasaan bercampur baur..gembira, bersyukur, bangga semuanya ada. Dalam pada itu, aku terkenang juga kat kedua ibubapa aku. Aku pasti, mereka juga melalui saat dan debaran yang sama seperti aku rasa sebentar tadi tatkala melahirkan aku didunia..sayu juga aku pada masa tu.



Kemudian aku keluar, terus memeriksa keadaan wife. Setelah berhempas pulas, ada tanda-tanda keletihan yang terpancar dimukanya. Aku tinggalkan wife aku sebentar yang pada ketika itu masih ditemani oleh doctor. Aku mula membuat panggilan telefon ke kedua ibubapa aku dan kedua ibubapa mertuaku. Disampaikan berita tentang kelahiran Adieb. Kedua ibubapa aku sememangnya telah berada diperkarangan Hosp. Tawakal, apabila mendengar sahaja akan kelahiran si Adieb bergegas mereka naik ke tingkat satu dimana Labour Room ditempatkan.



Salam dan kucupan tahniah aku terima daripada mereka berdua, mengalir lagi air mata waktu tu. Dah 2 kali dah! Hehe..Setelah akak Misi membersihkan si Adieb, dia menyerahkan Adieb kepada aku untuk diazankan. Sampai sahaja Adieb ditanganku, terus aku memberikan salam sambil matanya melihat tepat ke muka aku. Aku masuk satu bilik sambil menghadap kiblat yang satu, dikumandangkan azan ke telinga kanannya. Pada waktu itu, sekali lagi air mata aku mengalir. Manakan tidak, itu merupakan detik yang bersejarah dalam hidup aku. Jika ada duit berjuta sekalipun, tidak mungkin aku mampu membeli saat-saat terindah seperti itu. Setelah selesai mengazan, aku sempat mengungkapkan kata-kata pada Adieb..mudah-mudahan dia akan menjadi seorang anak yang soleh.



Kemudian aku membawa Adieb kepada kedua ibubapa dan adik aku si Izi tu, mereka turut memberikan salam sambil diperhatikan oleh Adieb. Selesai sessi ‘perkenalan’ yang serba ringkas itu, aku menyerahkan semula Adieb pada akak Misi untuk diletakkan dibawah ‘heater’ kerana jelas si Adieb kesejukan. Oh ya..wife aku x jumpa pun si Adieb selepas itu sehinggalah pada keesokan paginya.



Aduh..letihnya menaip, nanti aku sambung lagi boleh??



p/s: amacam Faeiz? Teruja x bila membaca Part 1 en3 nih…hehe.




-Zul-



This is my "Little Boss"..cute x?

Nama : Muhamad Adieb Farish

Lahir Di : Hospital Tawakal KL

Tarikh Lahir : 06/03/2009

Waktu Lahir : 1906 Hrs


Ini lah serba sedikit tentang baby boy aku, next time aku akan amik gambar bebanyak dan cerita bebanyak..hehe.

"Dup dap dup dap"..ada masa dia bertukar kepada "Dag Dig Dug" didalam dada. Lebih kurang begitulah degupan jantung aku dan isteri dikala ini. Manakan tidak, dijadualkan ketibaan Little Boss didalam rumah kami berdua buat pertama kali selepas hampir 2 tahun bergelar suami isteri.



Kehadiran Little Boss sememangnya telah terlalu lama dinantikan, sehinggakan satu bilik dirumah sewa kami itu dipenuhi dengan kelengkapan boss. Semua siap dah. Dari Katil, Tilam bantal, Pakaian, Botol Susu..erm pendek kata semua serba lengkaplah.



Buat Madam Boss plak, aku dah belikan dia set Penjagaan Kesihatan Selepas Bersalin Amway (kasi promo sikit..ada sapa² nak order dari aku?) yang telah pun tersimpan rapi sejak sebulan yang lalu. Mintak² la Madam Boss nih rajin nak ngikut aturan ubat² tu yer..pantang jgn x pantang.



Dan, aku selaku Big Boss..hurmm apa ye persediaan aku yer?? Xde apa pun, cuma skrg nih tgh giat menawarkan diri untuk buat OT dan Relief sebagai persediaan untuk menjaga makan minum dan pakai Madam Boss dan Little Boss sentiasa teratur. Mudah-mudahan semuanya selamat..

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger