INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Sikit² cap ayam, x pasal² ayam dapat nama. Hehe. Ceritanye begini, since aku dan adik aku si Remi tu agak rapat dengan taukeh salah satu jenama Absorber yg terkemuka di Malaysia maka taukeh tersebut mempercayai kami untuk memasarkan barangan keluaran syarikatnya.

Dipendekkan cerita, aku mengiklankan akan jenama absorber tersebut didalam forum kenarianz.com.my. Ternyata pengiklanan aku itu berjaya mendapat maklum balas daripada members yg ada didalam kelab tersebut. Ada yg sekadar bertanya, ada juga yg membelinya dan ada juga yg suka banyak tanya sebelum akhirnya turut membeli absorber ini.

Kisah kegeraman aku bermula apabila aku menerima satu SMS daripada salah seorang pembeli aku, katanya absorber dia bermasalah; leaking dan ada bunyi-bunyian. Aku reply SMS dia balik dengan nada yg agak sopan walaupun aku tau SMS yg aku terima daripada pembeli aku itu agak kurang sopan. Aku menjawap,"Leaking? Warranty ada lagi kan? Xyah takut bleh claim warranty - 1 to 1 replacement!". So, aku mengofferkan diri aku pada mamat nih untuk membawa dia ke tempat pengedar absorber tersebut yg terletak di Kepong. Dia reply SMS aku, gaya sms dia pun agak angkuh"X sempat nak kuar opis, xde cuti". Which means, dari SMS itu aku tau yg dia xde masa. Semua org xde masa bro.. xpe, aku rileks lagi. Then aku sms kat dia balik, "once ko free just bagi tau aku, kita set time terus pegi kedai absorber tu".

Tup²..selang 2 3 hari, mamat nih sms aku balik, kali nih aku mmg dah sakit hati dengan mamat ni dah..ayat dia buat aku geram tul. "Salam bro, mcm mana absorber ni, takkan nak lepas tangan plak..mintak tolong tukarkan x boleh ke?" Pergh..haram jadah. Aku tau, barang ko problem. Kan aku dah sms siang² bagi tau kat ko yg kalo ko ada masa, kita set time terus gi ke Kepong, tapi lahanat nih pi hantar sms mcm nih kat aku. Dah la aku bagi special price kat ko, ko ingat ko bleh dapat ke harga mcm tu kat luar sana?? Kebetulan masa tu aku tgh drive nak ke pejabat, hari tu pula aku keje shift malam. So aku reply, kali nih agak kasar skit aku reply,"aku tgh drive nak ke opis, once dah sampai opis aku call ko".

Sesampai di opis, aku call mamat nih..haram x angkat. So aku beranggapan yg dia x interested dgn offer aku. so aku x call lah dia lagi lepas tu. Keesokan paginya, aku balik keje jam 8 pagi..menonong aku drive kenari hitam aku itu pulang ke rumah. Time tu dah nampak katil jer, mengantuk beb keje malam nih. So sampai rumah, aku tido...bila terjaga tgk² ada misscall dari lahanat nih. Smlm aku dah janji nak call ko, tapi ko xnak jawap apasal? Pehtu aku dah bg tau, aku keje shift mlm so ko guna la kepala otak ko yg kecik tu untuk berpikir yg once aku balik dr keje semestinya aku akan tido dulu...Ayamas!!

Tau²..mamat tu dah pegi sendiri ke kedai absorber tu kat Kepong. Eh tau plak ko cari kedai tu, hari tu kata x tau. Nih lagi satu menipu!! Pehtu bleh plak dia sound adik aku remi tu, kata dia harapkan jenama absorber je yg werld tapi quality mcm aiskrim, bila rosak jer tukar. WTF!!! ko expect apekebanda?? ko ada waranty, off course la company akan replace yg rosak dengan yg baru..ko nih otak dah x center la aku ingat. Pehtu siap offer kat adik aku yg dia nak jual replacement absorber tu balik RM250. Pegi la jual...ada aku kisah.

Moral of the story, sebelum ko nak mengata orang, ko cermin dulu diri sendiri. Aku sekeluarga pun guna jenama absorber yg sama..takde plak masalah macam ko. kedua-dua kenari aku dan isteri menggunakan absorber yg sama macam lahanat tu, so far mmg xde problem. Perdana V6 abah aku juga guna jenama absorber yg sama buat tahun 3 dah..so far ok lagi, xde pun apa²..dan yg baru² nih, adik aku guna Adjustable Absorber dari jenama tu pun, xde plak masalah..aku rasa masalah lahanat nih sebenarnya dari sikap pemanduan dia lah..wei, kalo ko dah melenjan kereta ko..pakai absorber bas rapidKL pun bleh lingkup gak. Bengok!!

Salam guys & girls,

Sorry, lately agak bz (bz dengan keje, bz dengan adieb) dan disebabkan itu juga aku gagal mengemaskini blog ini sebaik mungkin. Buat rakan² yg terus melayari blog ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.

By the way, aku baru buat satu blog terbaru khas untuk anak kesayangan aku (www.daddyadieb.blogspot.com), tetapi...hehe, xde bahan baru nak diupdate. Actually bukan xde bahan cuma aku kekurangan access untuk berposting didalam blog disebabkan internet kat opis nih limited access. Once wife aku dah dapatkan Celcom Broadband, baru aku bleh update kedua-dua blog setiap hari...

Keep in touch.



Hehe..layan jer.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger