INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Dalam diam-diam, masa bagaikan terlalu cepat meninggalkan kita. Lima tahun yang dulu tatkala aku masih diawal 20-an, aku telah melalui satu pengalaman yang tidak mungkin luput dari ingatan. Berbaris panjang sewaktu menunggu giliran untuk memenuhi tanggungjawab aku selaku rakyat Malaysia, mengundi.

"Err..berapa lama lagi nak tunggu nih?", bisik salah seorang bakal pengundi yang berada dihadapan aku pada waktu itu. Seolah-olah seperti sudah biasa dengan proses pengundian, aku berkata kepada bakal pengundi itu, "Baru first time mengundi ke? Sekejap lagi sampai la giliran awak..sabar je lah". Hehe..padahal aku pun baru first time nak mengundi masa tu. kih kih.

Menyorot kembali kenangan sewaktu tanganku seakan-akan menggigil apabila memangkah kertas undi membuatkan aku tertawa sendirian. Perasaan gementar memang ada, maklumlah baru kali pertama. Tapi itu bukannya halangan untuk aku memangkah parti yang sememangnya telah banyak memberikan kemudahan kepada aku dan keluarga. Takkan kugigit tangan yang memberikan rezeki kepada kami sekeluarga.

Kini demam pilihanraya muncul kembali. Rata-rata rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk melibatkan diri didalam proses pilihanraya kali ini. Baik ketika berkempen, menampal poster, berbual kosong bersama teman sepejabat dan tidak ketinggalan remaja sekolah yang belum cukup umur untuk memangkah kertas undi turut serta membahaskan perihal pilihanraya di sekolah.

Tarikh keramat 8 Mac 2008 pasti ditunggu oleh kesemua rakyat Malaysia. Dalam orang sibuk² hendak ke pusat mengundi, aku bersendirian akan memandu pulang ke rumah setelah penat semalaman bekerja dipejabat setelah dijadualkan akan bertugas selama 4 malam berturut-turut. Mungkin, mungkin pada jam 2 petang aku akan ke pusat mengundi. Parti mana yang akan dipangkah? Hehe..Undi Anda Adalah Rahsia. Sememangnya undi aku tetap pada parti itu, biarkan orang mencemuh mereka, biarkan orang memaki mereka, biarkan orang memberontak mahukan perubahan, aku tetap memangkah mereka.

Eh..kenapa pula aku letak title Debaran 8 Mac dan 9 Mac? ada apa dengan 9 Mac?? Debaran 9 Mac tidak kurang hebatnya juga, itulah tarikh ulangtahun pertama perkahwinan aku dan si dia. Sepanjang hampir setahun hidup bersama, sudah banyak pengalaman suka dan duka yang kami tempuhi. Adakala kita ketawa dan adakala kita menangis, ianya sememangnya lumrah dan asam garam didalam perkahwinan.

Sambutan ulantahun perkahwinan? Herm..aku di KL dan wife pula pulang ke kampung untuk mengundi, cemana nak celebrate? hehe..



p/s: Selamat Berkempen, Selamat Balik Mengundi. Tunaikan kewajipan dan hak anda..


Arghh. Seakan x percaya pula bila terdengar khabar angin mengenai pemain bolasepak antarabangsa Indonesia iaitu Bambang Pamungkas akan menyarung jersi HijauKuning dalam jangka masa tedekat nih.

Pada sapa yg mungkin tidak mengenali Bambang atau lebih dikenali sebagai BP atau Bepe, dia merupakan salah seorang penyerang prolifik di rantau Asia Tenggara. Jika tidak, masakan Selangor sanggup menagih kudratnya sejak 2002 lagi. Disebabkan pada ketika itu Bambang terikat dengan kontrak dengan pasukannya iaitu Persija Jakarta, maka dia menolak lamaran kali pertama dari Selangor FA. Cuma pada penghujung 2004, kem Selangor diceriakan dengan perkhabaran bahawa Bepe sudi menyarung jersi Merah Kuning tetapi dengan syarat rakan baiknya iaitu Elie Aiboy juga turut menyertainya.

Tinggalkan cerita lama, kita berbalik pada cerita panas yg terbaru ini. Amboih, depa nih dulu dok kata awat Selangoq dok amik org Indonesia? La nih dengaq habaq depa pula dah dok berkenan kat Bepe. Ada seumber yang mengatakan bahawa khidmat Bepe amat ditagih mereka untuk kempen piala AFC (Asia Football Confederation) yang melibatkan kelab² terbaik diAsia. alah lebih kurang UEFA Cup yang kat eropah tu la.

Hehe..buat abang² dan kakak² kat HKC tu, "dulu hangpa bukan main kutuk si Bepe sama EA (Elie Aiboy), la nih hangpa dok kejaq depa pula na..."

Lega sekejap. Baru sebentar td member seofis inform that Bank Officer will get salary rise 7%. Walaupun kenaikannya x banyak, tapi pada aku ianya dah cukup untuk mengukuhkan kewangan aku pada setiap bulan. Perkhabaran awal yang diterima, increment yg telah diluluskan oleh NUBE dan ABOM adalah sebanyak 12%. Hanya disebabkan faktor pilihanraya umum semakin hampir, maka mereka akan memberikan kenaikan gaji sebanyak 7% terlebih dahulu berkuatkuasa pada bulan ini..yahoo, next week gaji baru!!

Masih menaruh harapan pada COLA untuk bank staff..hehe.

Dari awal aku tak pernah
percaya kata-katamu
Karena ku hanya melihat
semua dari parasmu

Terakhir kau bilang padaku..
kau takkan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu..
bermain di belakangku

**

Saat ku melihatmu
kau sedang bermesraan
dengan seorang..
yang ku kenal…

O ow.. Kamu ketahuan..
pacaran lagi..
dengan dirinya..
teman baikku…

O ow.. Kamu ketahuan..
pacaran lagi..
dengan dirinya..
teman baikku…

Kembali ke **

Tapi tak mengapa..
Aku tak heran..
Karena dirimu..
Cinta sesaatku…

(O ow.. Aku ketahuan…
pacaran lagi…
dengan dirinya…
teman baikmu…) 2x

Popularity: 25% [?]

Sumber: LirikLaguIndonesia.Net



Hehe..bukan nak riak atau bangga cuma ada sedikit perasaan puas apabila pasukan bolasepak kesayangan aku; Selangor, berjaya menewaskan pasukan Perak (padahal Perak ni negeri kelahiran aku..kiki). Ternyata dendam kesumat akibat tewas ditangan Perak di SSA pada 2 minggu lepas telah berbayar dengan aksi bertenaga daripada kesebelasan player yang tidak mengenal erti takut untuk berdepan dengan ribuan penyokong 'Kejor Yeop Kejor'.

Seator (bekas player Perak) menyumbang 2 gol utk Red Giant.

Angka di scoreboard 4-1 itu akan aku kenang sampai bila², cheh..mcm ke stadium jer bunyinye. Ngalahkan org yg ke stadium. Tak sia-sia geng² SSFC ke Ipoh pada petang itu semata-mata nak memberi sokongan moral kepada pasukan Selangor.

Walaupun menang bergaya, Selangor still di tangga kedua liga. Cuma kurang dua mata dari pendahulu liga, Kedah. X sabar rasanya nak tgk game antara Selangor dan Kedah di SSA yg dijangka akan diadakan pada April nanti. Bolehlah aku mengajak wife aku turut serta, lagipun dia penyokong kuat Kedah..alah, dok harap Marlon Alex James sorang bleh la. kikiki jgn marah na..

VIVA SELANGOR.

p/s: kejor yeop kejor..deme udah kene tinggey. hehe

Best! Memang dari zaman sekolah lagi aku cukup menggemari jenama Adidas. Adidas antara jenama terkemuka didalam sukan bolasepak. Bersempena dengan Euro2008, Adidas selaku penaja rasmi bagi negara Germany telah mengeluarkan edisi terbaru Jersi dan Bola rasmi bagi kejohanan tersebut. Melihatkan design terbaru jersi tersebut membuatkan aku x senang duduk. Nak beli yang ori, mana mampu nak bayar RM200++ untuk sehelai..beli kat Padang Besar je lah nampaknya.



RM200++? x sanggup..




Bastian Schweinsteiger..germany new midfield maestro..

Sapa kata aku x minat dengan haiwan peliharaan? Kalo x minat, xkan la aku boleh bela kucing sebagai haiwan peliharaan dirumah. Kucing nih adakalanya boleh dijadikan teman dirumah, melihatkan akan gelagat dan aksinya ketika berkejaran di sekitar ruang tamu rumah sudah cukup melegakan perasaan letih akibat tekanan kerja dipejabat. Saksikan sendiri telatah MILO setelah penat berkejaran dirumah;


ada macam meerkat tgh berdiri x?



tido pun malu²..cheh.



baik punya mimpi



posing amenda nih?



tgh layan Animal Planet la kot!




Elie ketika bersama Amri di sessi latihan Selangor petang semalam.


Siapa dia yg dimaksudkan tu? hehe..jeng jeng jeng, Elie Aiboy kini kembali lagi. Pastinya ramai diantara peminat bolasepak Red Giant ternanti-nanti akan kepulangan Om Elie ke pasukan Selangor. Kelincahan Elie ketika membantu Selangor muncul juara bagi 3 Piala (Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia) pada musim 2005 masih segar disanubari peminat Selangor terutamanya aku. Gembira siot bila dikhabarkan dengan kepulangan Elie ke Selangor. Om Elie..kami menanti persembahanmu di SSA pada 02/02/08. Welcome Back Elie Aiboy.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger