INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::


Arghh. Seakan x percaya pula bila terdengar khabar angin mengenai pemain bolasepak antarabangsa Indonesia iaitu Bambang Pamungkas akan menyarung jersi HijauKuning dalam jangka masa tedekat nih.

Pada sapa yg mungkin tidak mengenali Bambang atau lebih dikenali sebagai BP atau Bepe, dia merupakan salah seorang penyerang prolifik di rantau Asia Tenggara. Jika tidak, masakan Selangor sanggup menagih kudratnya sejak 2002 lagi. Disebabkan pada ketika itu Bambang terikat dengan kontrak dengan pasukannya iaitu Persija Jakarta, maka dia menolak lamaran kali pertama dari Selangor FA. Cuma pada penghujung 2004, kem Selangor diceriakan dengan perkhabaran bahawa Bepe sudi menyarung jersi Merah Kuning tetapi dengan syarat rakan baiknya iaitu Elie Aiboy juga turut menyertainya.

Tinggalkan cerita lama, kita berbalik pada cerita panas yg terbaru ini. Amboih, depa nih dulu dok kata awat Selangoq dok amik org Indonesia? La nih dengaq habaq depa pula dah dok berkenan kat Bepe. Ada seumber yang mengatakan bahawa khidmat Bepe amat ditagih mereka untuk kempen piala AFC (Asia Football Confederation) yang melibatkan kelab² terbaik diAsia. alah lebih kurang UEFA Cup yang kat eropah tu la.

Hehe..buat abang² dan kakak² kat HKC tu, "dulu hangpa bukan main kutuk si Bepe sama EA (Elie Aiboy), la nih hangpa dok kejaq depa pula na..."

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget