INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Dalam diam-diam, masa bagaikan terlalu cepat meninggalkan kita. Lima tahun yang dulu tatkala aku masih diawal 20-an, aku telah melalui satu pengalaman yang tidak mungkin luput dari ingatan. Berbaris panjang sewaktu menunggu giliran untuk memenuhi tanggungjawab aku selaku rakyat Malaysia, mengundi.

"Err..berapa lama lagi nak tunggu nih?", bisik salah seorang bakal pengundi yang berada dihadapan aku pada waktu itu. Seolah-olah seperti sudah biasa dengan proses pengundian, aku berkata kepada bakal pengundi itu, "Baru first time mengundi ke? Sekejap lagi sampai la giliran awak..sabar je lah". Hehe..padahal aku pun baru first time nak mengundi masa tu. kih kih.

Menyorot kembali kenangan sewaktu tanganku seakan-akan menggigil apabila memangkah kertas undi membuatkan aku tertawa sendirian. Perasaan gementar memang ada, maklumlah baru kali pertama. Tapi itu bukannya halangan untuk aku memangkah parti yang sememangnya telah banyak memberikan kemudahan kepada aku dan keluarga. Takkan kugigit tangan yang memberikan rezeki kepada kami sekeluarga.

Kini demam pilihanraya muncul kembali. Rata-rata rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk melibatkan diri didalam proses pilihanraya kali ini. Baik ketika berkempen, menampal poster, berbual kosong bersama teman sepejabat dan tidak ketinggalan remaja sekolah yang belum cukup umur untuk memangkah kertas undi turut serta membahaskan perihal pilihanraya di sekolah.

Tarikh keramat 8 Mac 2008 pasti ditunggu oleh kesemua rakyat Malaysia. Dalam orang sibuk² hendak ke pusat mengundi, aku bersendirian akan memandu pulang ke rumah setelah penat semalaman bekerja dipejabat setelah dijadualkan akan bertugas selama 4 malam berturut-turut. Mungkin, mungkin pada jam 2 petang aku akan ke pusat mengundi. Parti mana yang akan dipangkah? Hehe..Undi Anda Adalah Rahsia. Sememangnya undi aku tetap pada parti itu, biarkan orang mencemuh mereka, biarkan orang memaki mereka, biarkan orang memberontak mahukan perubahan, aku tetap memangkah mereka.

Eh..kenapa pula aku letak title Debaran 8 Mac dan 9 Mac? ada apa dengan 9 Mac?? Debaran 9 Mac tidak kurang hebatnya juga, itulah tarikh ulangtahun pertama perkahwinan aku dan si dia. Sepanjang hampir setahun hidup bersama, sudah banyak pengalaman suka dan duka yang kami tempuhi. Adakala kita ketawa dan adakala kita menangis, ianya sememangnya lumrah dan asam garam didalam perkahwinan.

Sambutan ulantahun perkahwinan? Herm..aku di KL dan wife pula pulang ke kampung untuk mengundi, cemana nak celebrate? hehe..



p/s: Selamat Berkempen, Selamat Balik Mengundi. Tunaikan kewajipan dan hak anda..

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget