INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::



"Warkah Untuk PM" - Itulah satu-satunya peluang yang kita sebagai rakyat Malaysia harus gunakan untuk lebih mendekati Perdana Menteri kita iaitu Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah.

Semenjak laman www.warkahuntukpm.com.my dilancarkan, diberitakan bahawa ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sebilangan besar rakyat Malaysia. Ternyata usaha pihak tertentu membangunkan laman sedemikian rupa yang membolehkan rakyat untuk menyampaikan sokongan, cadangan dan sebagainya kepada PM harus dipandang tinggi.

Gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya, janganlah pula laman tersebut dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan anda kepada PM, paling tidak berilah dia kata-kata semangat untuk terus memimpin Malaysia dengan jayanya sebagaimana yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pilihan dihujung jari anda..

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger