INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Macam x berakal. Ternyata benarlah dakwaan yang mengatakan puak² depa nih kurang kesedaran sivik. Pagi semalam (07/03/08) lebih kurang jam 0415, dari tingkat 14 ofis aku yg terletak di Jalan Tun Perak kedengaran bunyi riuh dengan sorakan orang dan bunyi hon kereta sambil telinga dibingitkan dengan bunyi deruman ekzos motor kapcai yang x seberapa nak laku di hadapan Dataran Merdeka.

Tuu..dia! depa dok pakat ramai² bikin havoc di dataran dengan berbekalkan bendera yang bermacam-macam warna. Yang menunggang motor jangan cakaplah, sekali pandang dah macam pelawak sarkas dengan bendera dikiri kanan. Bendera kaler hijau ada, biru pudar ada, putih pun ada...

Kot ye pun nak berkempen dengan cara begitu, jangan lah sampai menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain. Otak taruk tang mana, lutut?? Disebabkan perasan marah dan meluat melihat gelagat 'orang² suruhan' ini, aku lantas mendapatkan telefon bimbit aku lalu mendail nombor Bilik Gerakan IPPK KL.

Panggilan dijawab mesra oleh seorang petugas wanita sebelum talian disambungkan kepada pegawai yang bertugas. "Selamat pagi cik, saya buat panggilan dari Menara OCBC Jalan Tun Perak. Nak buat aduan mengenai sekumpulan manusia tidak berakal yang mengganggu ketenteraman awam di hadapan Dataran Merdeka. Sila hantar MPV untuk pemantauan", lebih kurang gitulah aku mengadu kat pegawai bertugas. Selang lima minit, kelihatan sebuah Proton Waja memasang lampu biru kelip-kelip berhenti dihadapan Dataran Merdeka.

Bagaikan kambing pulang ke kandang dan tanpa disuruh, puak² itu tadi mula meninggalkan Dataran Merdeka dalam keadaan kelam kabut. Kalo x salah, buat apa lari?? nampak sangat korang buat salah. Baru puas hati aku, aman sikit aku bekerja selepas itu.

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger