INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::

Hari Ketiga - 11/03/2008 (Rabu)


Pagi ini aku dan wife bangun awal. Kami bersiap awal untuk ke coffee house yang terletak sebelah pool yang terdapat di Aseana Resort nih. Ntah la, katanya pool nih adalah yang terpanjang di Malaysia ( dia macam bersambung-sambung ). Belumpun sampai di coffee house dah ternampak akan kepadatan orang yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhati gelagat anak² kecil yang ligat beraksi.

Setelah selesai menikmati secawan kopi dan segelas orange juice, aku dan isteri terus ke receiption counter untuk bertanyakan tentang cara untuk kami ke Pulau Dayang Bunting. Setelah dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa kami telah ketinggalan untuk menyertai trip island hopping di awal pagi, kami telah dicadangkan untuk berunding dengan En. Azman ( muka sebijik macam Datuk Azhar Mansur - pelayar solo negara..entah² mmg adik dia kot!) yang bertanggungjawab bagi menguruskan pakej island hopping di hotel berkenaan. Setelah berunding, akhirnya kami memilih trip tengah hari iaitu pada jam 2 petang.


Pada pagi tu, kami decide untuk ke Underwater World yang terletak agak berhampiran dengan hotel dimana kami menginap. Dengan bayaran hanya RM25 seorang, akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki didalam Underwater World. Hehe..dah tua² pun nak pi tengok ikan² berenang lagi. Saja tambah pengetahuan dan pengalaman...Setelah puas berjalan di dalam Underwater World kami pun pulang ke arah hotel untuk mencari tempat untuk menikmati hidangan tengah hari.

Langkawi Underwater World




Jam menunjukkan tepat ke angka 2 petang..kala itu aku dan isteri sedang menanti kehadiran ejen untuk membawa kami ke jeti bagi trip ke pulau² berhampiran. Tak lama kemudian kami dijemput oleh seorang pemandu pelancong yang membawa kami ke jeti berhampiran sambil disertai oleh sepasang pelancong dari New Zealand dan sekeluarga Cina dari KL.

berhampiran jeti..sblm naik sepeed bot

berposing tepi..errr troli??

Perasaan ketika itu tak dapat digambarkan dengan kata², mana x nye ini adalah pengalaman pertama aku dan isteri menaiki bot laju..hehe. setelah bot tiba, kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan masa yang ditunggu telah pun tiba..bot meluncur deras meninggalkan jeti. Dengan deruan angin yang kuat sambil bot yang kerap dilambung ombak membuatkan aku sakit pinggang..perghh gila keras kena hentak² mcm tu!!



thanks to Mat Saleh..mamat NZ tlg snap.


Dan dari satu pulau melintasi ke satu pulau, bot yang tadinya memecut laju kini seakan memperlahankan temponya..kelihatan dihadapan kami Pulau Dayang Bunting. Ketibaan kami bagaikan disambut riang oleh 'penghuni tetap' di pulau tersebut, sapa lagi kalo bukan si sang monyet..Daripada jeti Pulau Dayang Bunting, kami perlu menaiki deretan anak tangga sebelum aku terpaku melihat keindahan dan kehijauan disekeliling Tasik Dayang Bunting. Siapa sangka, ditengah-tengah lautan terdapat satu pulau yang mempunyai satu tasik air tawar yang dikelilingi oleh lautan. Subhanallah..





here we are


rakyat tempatan..ramai tau!



memori indah



atas dek


kalo ada life jacket nih..dah terjun dah. takut² berani je

Setelah berjalan melalui dek di permukaan tasik, kami membuat keputusan untuk menaiki 'paddle boat' untuk menikmati keindahan ditengah-tengah tasik. Setelah 2 keping not RM10 bertukar tangan, kami telah bersedia untuk berkayuh ke tengah tasik..tertanya-tanya juga apa ada didasar tasik?? Air tasik ini dikatakan sebagai satu penawar buat pasangan berkahwin yang inginkan cahayamata..entahlah, serah sahaja pada yang Esa. Sejuk dan berangin..itulah yang dapat dikatakan apabila berada ditengah-tengah tasik. Pancaran terik matahari diatas kepala bagaikan tidak terasa, nyaman dan cukup tenang sekali perasaan aku dan isteri pada ketika itu.














Setelah hampir separuh nafas kami berkayuh, kami kembali semula ke dek sebelum berjalan menuju ke bot yang telah sedia menanti. Setelah Pulau Dayang Bunting hilang dari pandangan, bot kami memecut laju..kali ini ke Pulau Singa Besar pula. Disini kami diberi peluang untuk melihat puluhan burung helang yang cukup sinonim dengan Pulau Langkawi, bebas terbang diawangan dan sesekali menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan (kulit ayam) yang dilemparkan oleh pemandu bot kami tadi. Teruja aku melihat aksi sekawan Helang yang berterbangan dihadapan mata.



dah nak balik..



tumpang bergambar cik nyet



sekawan helang



Setelah melihat sekawan helang tersebut, kali ini bot menuju laju ke Pulau Beras Basah. Pulau ini yang terletak agak berhampiran dengan dengan Pulau Singa Besar tadi. Sesampai sahaja di jeti, aku tertarik melihat sekumpulan ikan-ikan kecil yang bebas berenang di permukaan air yang jernih. Kejernihan air di pulau ini, mengingatkan aku kepada detik² manis ketika aku dan isteri bercuti di Pulau Redang yang terletak di Terengganu. Setelah puas bergambar dan menikmati kedinginan air disini, bot kami kembali semula ke Jeti yang berhampiran dengan Awana Porto Malai sebelum kami dihantar pulang ke hotel oleh pemandu pelancong.




mana berasnye?




Disebabkan kempunan untuk mandi manda sewaktu trip 'island hoping' tadi, aku akhirnya bersantai di tepi swimming pool yang terdapat dihotel..hehe itupun kat kolam kanak². kih kih kih.


kolam pun kolam lah..



...to be continued...

0 comment:

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget