Aku dah plan, hopefully menjadi. Raya tahun ini bakal beraya bersama dengan wife serta disertai dengan si Adieb. Aku dah plan utk bercuti Raya daripada 18hb September sehingga 1hb Oktober.
Perghhh..2 minggu tu. Buat korang yg tak tau apa itu Block Leaves meh aku terangkan serba sedikit. Semua bank perdagangan yang ada kat Malaysia (actually kat S'pore pun sama) nih mewajibkan staff mereka untuk bercuti selama lebih kurang 7 hari tidak termasuk off day. Sepanjang tempoh block leaves juga, aku bakal ditegah daripada memasuki premis pejabat ataupun mengakses sebarang bentuk sistem hatta e-mail sekali pun. Strict x strict la bila keje bank...
Lantak la, yg penting..aku puashati kalo dapat cuti panjang gitu..hahaha.
Sekejap je rasanya masa berlalu, diam x diam dah hampir sebulan aku bergelar seorang bapa. Erm, sebenarnya aku masih lagi buntu..buntu mencari satu nama panggilan yang sesuai untuk diri aku sendiri apabila disapa oleh Adieb kelak.
Ayah? Abah? Papa? or Daddy? Kalo la 'daddy' yg jadi pilihan, mau aku asyik layan lagu Boney M - Daddy Cool. Hahahaha..ok fullstop akan kisah aku, beralih pada Adieb lak.
Pada 14 Mac yang lepas, selesai sahaja rawatan susulan wife aku di Hospital Tawakal, kami bergegas pulang kerumah sebelum bersiap-siap utk pulang ke Kodiang. Sedia menanti dirumah adalah kedua ibubapa aku yang datang melawat cucu ke-3 mereka itu sebelum cucunya pulang ke kampung. Hehe, kiranya depa nak melepaskan rindu la tu..
Petang tu kami sampai di Kodiang lebih kurang jam 7 malam, elok2 sebelum azan Maghrib diperdengarkan dari masjid berdekatan. Sesampai dikampung, tuuuu diaaa...keenam-enam sepupu Adieb telah sedia menanti kehadirannya dengan senyuman yg x pernah lekang dari wajah mereka.
Dibawah ini aku sertakan sebahagian wajah-wajah ceria si Adieb Farish buat tatapan korang semua.