INI JALANKU

:: Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya ::












Terjumpa pics ni kat satu forum, ada betul ka Perodua mau kuarkan Myvi facelift yg semacam nih? Muka dah macam Swift..layannn kan.

Kepala keretapi ke kanan, badan turut ikut ke kanan. Begitulah antara perumpamaan yang dapat aku katakan tentang isu semasa ketika ini. Umum dah mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telahpun keluar dari Umno dengan melepaskan title Ahli Seumur Hidupnya.


Sebetulnya aku agak terperanjat dengan tindakan Tun, tapi itulah hakikat yang harus kita terima. Selama ini pun, apa yang Tun perkatakan tetap akan dikotakannya. Itulah Tun. Seorang yang tetap pendiriannya. Namun aku agak sedikit terkilan dengan 'pak sangup-pak sanggup' yang berada didalam Umno ketika ini. Mereka ini bagaikan mudah terlupa. Lupa akan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tun satu ketika dahulu ketika masih menjawat jawatan sebagai PM dan juga Presiden Umno. Benar kata Tun, 'Melayu Mudah Lupa'. Hasrat Tun untuk keluar dari Umno disambut dengan pelbagai reaksi. Ada yang sanggup mengibaratkan tindakan Tun umpama 'duri terkeluar dari daging'. Kejam!


Aku dengan ini menyatakan pendirian untuk terus menyokong tindakan Tun demi kebaikan didalam Umno. Keluarlah dari Umno, dan jangan sertai Pakatan Rakyat.


p/s : sejak bila pula blog aku dah tukar kearah politik nih? entahlah..just suarakan pendapat aku jer.




Tarikh : 12 Mei 2008

Masa : 2225 hrs


Lokasi : Rumah - Sunway Batu Caves.



Aku : "Erm, bolehlah bagi abang bawa buku sayang yang 13 Mei Sebelum dan Selepas tu. Satgi kat ofis nanti boleh baca time boring²."

Wife : "Ok, bawalah"

Aku : "Eh, malas lah pula. Nanti pepagi esok dah nak menjinjing pula buku tu ke kereta"




Entah kenapa, tetiba sahaja aku terlintas nak membaca dan membawa buku hasil penulisan Tunku Abdul Rahman ke pejabat pada malam² buta nih. Semacam timbul satu perasaan untuk membaca penulisannya demi untuk menghayati erti sebenar perjuangan bangsa Melayu dahulu kala.




Sesampai di ofis, setelah menyiapkan en3 berkenaan dengan Tun Dr. Mahathir, barulah aku tersedar bahawa jam telah menunjukkan angka 2 pagi pada tarikh 13 Mei 2008. Ya Allah, tarikh keramat itu tiba lagi. Aku semacam terjaga dari lena, detik perbalahan kaum satu ketika dahulu kembali terlintas dikepala. Iya, mmg betul pada tanggal itu aku masih belum ada dibumi, udara kota Kuala Lumpur tika itu masih belum aku hirup seperti hari ini.




Suasana pelik masih menyelubungi diri. Macam mana aku boleh tetiba teringin untuk membaca buku itu pada malam² ni? Padahal aku memang x teringat atau mungkin x perasan pasal tarikh berkenaan. Apa-apa pun, aku mengharapkan agar Malaysia akan terus aman dan makmur dan rakyat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni demi kesejahteraan generasi akan datang.


yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan




Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini telah pun membuat analisanya yang merumus kepada kegagalan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lepas. Ikuti antara penulisan Tun yang dipetik dari http://www.chedet.com/.


1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.

2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.

3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.

5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.

6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.

7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.

8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi "Yes-Men" yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.

9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.

10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.

11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau "giant killers" yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.

12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.

13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.

14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.

15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.

16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?

17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.

18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.

19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.

20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.

21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.

22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.

23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan "mega projeck" yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak "pet" projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain

24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.

25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.

26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.

27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata..

28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?

29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.

30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.

31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.

32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.

33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.

34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.

35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.

37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.

38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.

39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggunjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.

Artikel ini yang penulisan asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah disiarkan akhbar The Sun pada keluaran 9hb Mei, 2008

:: credit to chedet.com ::

p/s : terlebih dahulu, diucapkan terima kasih kepada Tun kerana membenarkan coretannya disiarkan di blog pihak ketiga seperti blog saya ini. Terima kasih juga kerana telah berjaya memimpin Malaysia dengan jayanya pada suatu ketika dulu. Akan saya kenang jasa-jasa Tun sepanjang penglibatan Tun didalam arena politik tanah air. Hidup Tun!! Akhir kata..Once Barisan Nasional, forever Barisan Nasional..

Ibu..
Ibu..
Engkaulah ratu hatiku.
Bila ku berduka
Engkau hiburkan
selalu.

Itulah diantara bait-bait lagu yang mengangkat nama golongan ibu yang biasa kita dengar sejak dari dulu. Memang benar, tanpa ibu..kita tidak mungkin akan dapat melihat dunia. Pengorbanan ibu untuk membesarkan anak-anaknya cukup besar. Tak ternilai harganya. Kasih sayang yang dicurahkan kepada kita sejak dari lahir sehinggalah kita telah meniti dewasa adalah sesuatu yang menakjubkan.
Sempena Hari Ibu yang disambut diseluruh dunia ini, selaku anak dan menantu..inginku ucapkan Selamat Hari Ibu dan kuhadiah sekalung perhargaan buat kedua-dua ibuku dan ibu mertuaku iaitu Hajjah Faizah Abu Bakar dan Puan Siti Zabedah kerana telah menghadiahkan kasih sayang, perorbanan sepanjang membesarkan anak-anakmu. Terima Kasih.

Hurm, malam ni merupakan malam ke-3 aku bekerja shift malam. Kebiasaannya dalam 2 bulan, akan ada satu waktu tu aku akan bekerja 4 malam berturut-turut. Nasib baik aku bekerja nite shift semasa wife aku menghadiri kursus Biro Tata Negara, so xde la rasa sangat akan kerinduan. cewah²..
Anyway, malam nih tetiba ada satu keinginan untuk menghilangkan bosan bekerja malam dengan melayani deretan lagu² popular zaman 80-an. Iyelah, dah nama pun 80's Babies..so layan je la. Sapa kata lagu 80's x best? Layan siot...
Antara lagu² yang aku sudah, tengah dan akan layan adalah;
  1. Bryan Adams - Summer of 69
  2. Bananarama - Cruel Summer
  3. Bangles - Eternal Flame
  4. Berlin - Take My Breath Away
  5. Bon Jovi - Livin' On Prayer
  6. Natalie Cole - Miss U Like Crazy
  7. Eagles - Hotel California
  8. Enya - Orinoco Flow
  9. Foreigner - I Want To Know What Love Is
  10. Gloria Gaynor - I Will Survive
  11. Michael Jackson - Billie Jean
  12. Joan Jett - I Love Rock n Roll
  13. Elton John - Candle In The Wind
  14. Cyndi Laupers - Girls Just Want To Have Fun
  15. Madonna - La Isla Bonita
  16. Barry Manilow - Copacabana
  17. Richard Marx - Right Here Waiting
  18. Bobby McFerrin - Dont Worry, Be Happy
  19. Motels - Only The Lonely
  20. Night Ranger - When You Close Your Eyes
  21. Gary Numan - Car
  22. Outfield - All The Love In The World
  23. Ray Parker Jr. - Ghostbusters
  24. Police - Every Breath You Take
  25. Lionel Richie - Hello
  26. Kenny Rogers & Dolly Parton - Islands In The Stream
  27. Diana Ross & Lione Richie - Endless Love
  28. Roxette - It Must Have Been Love
  29. Roxette - Listen To Your Heart
  30. Sade - Smooth Operator
  31. Scorpions - Still Loving You
  32. Bonnie Tyler - Total Eclipse Of The Heart
  33. UB40 - Red Red Wine
  34. U2 - With Or Without You
  35. Village People - YMCA
  36. Wham - Careless Whisper
  37. Wham - Wake Me Up Before You Go-Go
  38. Stevie Wonder - I Just Called To Say I Love You
  39. Paul Young - Everytime You Go Away
  40. Metallica - Master Of Puppets
  41. Van Halen - Jump
  42. Man At Work - Down Under
  43. Cyndi Lauper - Time After Time

So kalo you all rasa ada lagi lagu hits tahun 80-an yang x tersenarai kat atas nih, feel free to inform me. Layannnnn...






Setelah hampir 2 minggu lebih aku mula memiliki kereta ini, ramai orang mula bersembang-sembang akan kereta baru aku itu. Daripada soal bayaran ansuran dan downpayment, sehinggalah kepada fuel consumption dan engine response..semua soalan itu ditala tepat kearah aku. Nak xnak, terpaksa jua dilayan akan persoalan itu satu demi satu.
















Ada juga yang beriya-iya menanyakan apakah rasionalnya aku memiliki jenama Toyota ini sedangkan dengan nilai downpayment yang telah aku bayar dan bayaran ansuran yang akan dibayar setiap bulan sebenarnya sudah membolehkan aku untuk memandu pulang sebuah Proton Persona serba baru. Apa keitimewaan Persona? Itu x dapat aku jawap kerana aku x pernah nak ambil tahu akan keistimewaannya. Aku sebenarnya bukannya terlalu anti dengan jenama Proton, cuma pengalaman lalu membuatkan aku terpaksa memikirkan 3 hingga 4 kali sebelum menandatangani borang jual beli kenderaan Proton.











Berbalik semula pada dugong aku nih, seperti didalam en3 yang lepas, tidak banyak yang aku usik pada penampilan kereta nih cuma sedikit penambahan kecil telah dilakukan pada bahagian bumper belakang kereta ini dimana ia telah mendapat sentuhan rekaan daripada TOM'S apabila dipadankan dengan skirting ABS yang lebih bergaya.





vios S didatangkan tanpa skirting belakang..
























padanlah dia bunyik pomm pomm pomm, pakai ekjos besi rupanya.





So far, aku berpuas hati dengan pelaburan aku terhadap kereta ini. Dari segi practicallity dan durability memang memuaskan. Handling yang menakjubkan dan yang penting faktor keselesaan dan keselamatan yang ada pada Toyota Vios ini pastinya membuatkan Abah aku turut terpengaruh unutk mengalih perhatiannya kepada salah satu model Toyota yang hebat, x lain dan x bukan; Camry! Maybe dah sampai masanya untuk dia trade-in Perdana V6 dia tu. Tapi aku damn sure yang dia xkan jual Perdana V6 5115 tu, maybe dia akan jual Perdana V6 3205 dia tu..kereta kerajaan yang dibelinya pada harga yg tersangat murah.









Nah! Sebelum nih ramai sangat nak tengok kereta aku, sekarang tengok la..jangan malu². Ada penambahan nanti, akan aku update dari masa ke semasa.







Hehe, tajuk kasi gempak skit. actually aku just nak letak en3 terbaru tentang Dugong aku tu. Esok aku kena bawa kereta aku tu ke Service Centre di Selayang untuk first service. Dalam diam² dah 1000km dah kereta tu berjalan.



Kebetulan hari ini dan esok adalah off-day aku, jadi kelapangan yang ada membolehkan aku untuk pertama kali merasai pengalaman pertama berurusan dengan SC Toyota kerana sebelum ini aku biasa berurusan dengan SC Perodua dan SC Proton.
Sekiranya keadaan mengizinkan, aku akan ke kedai AutoTint yang terletak di Batu Caves untuk memasang tint film. Sebelum ini Sales Advisor aku telah menyerahkan voucher tinting..hehe, jimat duit xyah kuar duit sendiri. Erm, apa lagi modifikasi yang akan aku buat selepas ini yer?
Sebelum ini aku telahpun berjaya mendapatkan rear skirt dari rekaan Tom's kualiti ABS pada harga yang amat munasabah. Ini menjadikan kereta aku kini lengkap berbodykit setelah menerima bodykit penuh (tanpa rear skirt) daripada UMW Toyota. Suspensi? Hehe, setelah melakukan kaji selidik melalui yarisworld.com, viosclub.com dan vogs.net maka aku telah menjumpai setup yang terbaik tanpa mengabaikan aspek keselesaan pemanduan; Tanabe NF210.
Erm, dah la berangan-angan mat jenin. Ada rezeki esok2 aku modified lagi...kikiki.



x perlu untuk aku perkenalkan lagi akan namanya. x perlu aku jelaskan lagi akan kebijaksanaannya. dunia mengetahui malah mengakui akan ketokohannya.




Sememangnya aku amat mengagumi akan kepintarannya, kelantangannya, kepimpinannya malahan sifat rendah dirinya. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Seorang pemimpin yang tidak gentar dengan kuasa Barat. Kini beliau bukan lagi seorang pemimpin, namun era kegemilangan Malaysia dibawah pimpinannya tidak akan pudar dari sanubari ini. Terima Kasih Tun.




Bekas pemimpin yang berjiwa rakyat ini kini tampil sebagai blogger. Tajamnya akal fikirannya akan dikongsi bersama-sama dengan jutaan 'kaki blog' apabila medan maya ini dibentangkan untuk berkongsi pendapat. Jangan lupa lawatilah http://www.chedet.com/.

Semalam, 01/05/08. Tatkala aku sedang sibuk bertugas di pejabat, dikejutkan dengan deringan telefon bimbit aku. Panggilan daripada kakak itu pantas aku sahut, dengan terkejut aku menerima panggilan serba ringkas itu. Katanya, abah telah dikejarkan ke HKL setelah jatuh pengsan ketika majlis doa selamat di rumah abangnya di Kg. Dato' Keramat.
Jam menunjukkan jam 3 petang, sememangnya pada waktu itu adalah waktu rehat aku. Aku meminta izin daripada supervisor aku untuk diberikan pelepasan awal. Tanpa cerita panjang lebar, dia membenarkan aku pulang awal. Lantas aku memandu pulang untuk menjemput isteri tercinta dirumah yang awal-awal telah aku sampaikan berita kemasukan abah ke HKL.
Tepat jam 4 petang, aku dan isteri telah selamat sampai di HKL. Mencari-cari akan wad di tingkat 4 itu membuatkan aku sedikit berdebar. Sememangnya telah diketahui akan penyakit abah yang dialaminya itu. Sebelum ini pun dia kerap dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama. Doktor pernah berpesan, agar dia berehat dan tidak lagi memandu kereta bagi perjalanan jauh. Tetapi sejak kebelakangan ini, dia kerap pulang ke kampung berseorangan dengan memandu kereta hanya kerana menguruskan perihal dokumentasi kebun buah di kampung selain dari menjengah nenek yang juga agak kurang cergas kesihatannya.
Sesampai di wad, kelihatan mama berseorangan menemani abah. Turut kelihatan seorang doktor yang sedang membuat pemeriksaan ke atas abah. semoga abah cepat sembuh.

Pengikut Setia

My Blog List

HIt Counter

people visit since 29th June 2009

Sembang Jom


ShoutMix chat widget
Powered By Blogger